Masih ingat pasangan kembar si4m Ahmad dan Muhammad seketika dulu yang mendapat perhatian dunia kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung?
Dilahirkan pada 1998, pasangan kembar ini pernah menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada 2002 yang mana dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz membabitkan k0s RM1.7 juta.
Pasti cerita pasangan kembar ini masih segar dalam ingatan r4kyat Malaysia kan! Masakan tidak, kis4h pasangan ini yang telah mendapat liputan begitu melvas, sama ada secara media cet4k mahupun elektronik.
Seiring dengan peredaran m4sa, tahun demi tahun kisah pasangan ini turut tenggelam dan seakan hilang dari radar.
“Ternyata ‘kehilangan’ mereka sebenarnya berisi. Rupa-rupanya pasangan ini memanfaatkan m4sa muda mereka dengan melanjutkan pengajian ke menara g4ding. Melangkah ke fasa baharu bergelar mahasiswa.
Sambung Pengajian
Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21, kini menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016.
Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bid4ng Teknologi Maklumat.
“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.
“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan OKU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk OKU, tandas juga mesra OKU, termasuklah surau dan kafeteria. Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.Ahmad dan Muhammad serasi bersama
“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.
Ahmad mahupun Muhammad memilih untuk menjadi mahasiswa di MSU kerana tertarik dengan tawaran kursus yang disediakan, selain menyediakan kemudahan prasarana untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) serta berdekatan dengan rumahnya di Puchong bagi membolehkan mereka berulang alik.
Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.
“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.
SUMBER:kampusuols.com
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>
FOLLOW KAMI DI PAGE….
TERIMA KASIH