Banyak Benda Pelik Yang Telah Dijumpai Ikan Yu Wajah Babi Ditemui Di Itali

MILAN, ITALI – Seekor ikan yu yang memiliki wajah seolah seekor babi ditemui oleh anggota-anggota pasukan marin Itali di perairan Pulau Elba, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Ikan yu daripada spesies yang jarang ditemui itu menjadi viral kerana mempunyai mata bulat dan muncung seperti seekor babi.

Haiwan itu dikenal pasti sebagai Angular roughshark atau nama saintifiknya, Oxynotus Centrina.

Ikan tersebut turut dikenali sebagai yu bermuka babi.

Ikan jerung itu juga disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) sekali gus spesies terancam.

Ha1wan marin itu pada kebiasaannya hidup pada kedalaman 700 meter di bawah laut.

Wakil Akuarium Elba, Yuri Tiberto memberitahu bahawa penemuan ikan yu jenis tersebut sangat jarang berlaku.

“Sebaik sahaja ditangkap, ikan yu itu dibawa ke akuarium kami untuk menjalani pemeriksaan sebelum dilepaskan semula ke laut.

“Kami membatalkan hasrat untuk memeliharanya di dalam salah satu tangki akuarium kerana ia adalah sejenis spesies yang tidak sesuai untuk dipelihara dalam kurungan,” kata Tiberto.

SUMBER:Kosmo

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Budak Menangis ‘Histeria’ Tak Ada Internet Punya Pasal “ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Ke Kampung”

Tak Ada Internet Punya Pasal, Budak Menangis ‘Hist3ria’ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Kampung Tinggal …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!