Hidup dalam norma baru disebabkan pandemik sememangnya serba serbi perlu tahu mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Keadaan tersebut merupakan satu perkara penting yang harus diikuti bagi mengelakan wabak terus menular.
Namun, selepas hampir setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, kebanyakan aktiviti harian sudah kembali dilakukan. Antaranya solat Jumaat sudah boleh ditunaikan mengikut kapasiti keluasan masjid.
Jadi, konsep siapa cepat dia dapat terus digunakan untuk membolehkan semua kembali menunaikan solat Jumaat.
Turun kereta terus masuk majid
Namun begitu, menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter milik @ryqalllbarbossa, dia telah Mengongsikan video seorang VVIP yang turun dari kereta jenis Toyota Velfire meluru masuk ke masjid tanpa beratur seperti jemaah yang lain.
Tak pa laa..depa VVip ampa je la yang boleh masuk syurga..? pic.twitter.com/2jZBfOAXcy
— “Ryqall Barbossa” (@ryqallbarbossa) September 10, 2021
Depan pintu masih ramai lagi yang beratur.
Hal ini pastinya membuatkan orang lain geram dan marah kerana masing-masing perlu beratur dan mengikut SOP untuk mendapat tempat di dalam masjid.
Dapat dilihat juga beberapa jemaah mulai protes dan mempersoalkan petugas masjid mengapa mereka tidak dibenarkan masuk sedangkan sudah berdiri di pintu masjid sejak jam 12 tengahari.
Ada juga diantara jemaah yang turut menantikan solat di masjid tersebut dikongsikan gambar keadaan diluar pintu masuk. Sememangnya ramai yang tengah menanti peluang untuk masuk ke dalam bagi menunaikan solat Jumaat.
Bila nak maju negara kalau macam ni
Sehubungan dengan tularnya video tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meluahkan rasa hampa dengan keadaan seperti itu.
Mereka juga berasa tidak adil dengan apa yang berlaku kerana ada diantara mereka menanti lebih lama dan perlu beratur terlebih dahulu untuk masuk ke dalam masjid sedangkan VVIP langsung tidak mengikuti prosedur sepatutnya dipatuhi semua.
Pernah rasa dah perkara macam ni
Janganlah ada double standard
Patutnya ada rasa malu
Kesian tengok muka pakcik2 tu
SUMBER:Twitter @rayqalllbarbossa I Ohmymedia
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>
FOLLOW KAMI DI PAGE….
TERIMA KASIH