Ini Ringkasan Sidang Media Peng0perasian Sekolah & Perkara Penting Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang media khas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengenai pembukaan sesi persekolahan akan datang.

Diantara perkara yang diumumkan ialah pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mengikut fasa PPN serta sistem penggiliran murid ke sekolah mengikut kumpulan masing-masing.

Berikut merupakan intipati pengumuman beliau sebentar tadi seperti diringkaskan Bernama.

Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Okt
Kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu

Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu
Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas
Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran

Fasa 1 PPN: Sekolah tidak akan dibuka, murid akan meneruskan PDPR
Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran

Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022
Pelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan

Murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022
Ibu bapa diminta beri perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian

Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di sekolah
Murid dibenarkan hadir tanpa uniform, tetapi pakaian perlu sesuai, sopan dan kemas

Kelas pendidikan jasmani dibenarkan, aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan
Murid bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah, ujian saringan COVID-19 turut dijalankan

Ibu bapa tidak hantar anak ke sekolah kerana bimbangkan ancaman COVID, tidak dianggap kesalahan disiplin dan tiada surat amaran
Sekolah yang ada kes positif COVID perlu maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut

Semua Institut Pendidikan Guru di negeri Fasa Satu, Fasa Dua masih laksanakan PdPR

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin

SUMBER:Bernama

 

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIKΒ  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIKΒ  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.