Pihak P0lis Masih Mengumpul Bukti Kes Yang Melibatkan Ebit Lew..

PETALING JAYA – P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses mengumpul bukti bagi melengkapkan siasatan kes melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan berkenaan kes itu masih dijalankan.

β€œKita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.

β€œPada masa sama, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak p0lis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit dilakukan selepas p0lis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu terlibat dalam gangguan seek.sual.

Beliau kemudiannya dipanggil p0lis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seek.sual itu, bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu dan menganggap ia satu fitnah.

SUMBER:kosmo

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIKΒ  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.