Semerang: S3orang budak lelaki di Kota Tegal, Jawa Tengah memiliki tingkah laku pelik d3ngan memakan tanah daripada serpihan tembok simen.
Dia yang b3rusia 3 tahun itu mula menjadikan tanah daripada serpihan tembok sim3n sebagai ‘makanan sampingan’ sejak setahun lalu.
Ibu kanak-k4nak itu, Umrotun memaklumkan anak lelakinya berbuat demikian ket1ka berusia dua tahun.
“Ketika berm4in di rumah, anak lelaki saya akan makan tanah daripada serpihan temb0k simen,” katanya seperti dilapor portal Kompas.
Katanya, beliau menyedari perbuatan anaknya itu ketika dibiarkan bersendirian di rumah.
“Ketika dia main sendirian di dalam rumah dan saya lihat dia sedang makan tanah dari serpihan tembok,” katanya.
Bagaimanapun, Umrotun tak mengetahui kenapa anaknya suka memakan tanah.
Dia hanya beranggapan anaknya bertindak sedemikian kerana jarang dibelikan makanan ringan.
“Saya dan suami tidak mampu membeli makanan ringan untuk anak kami kerana kesempitan wang. Kami sekeluarga hanya makan dua kali sehari saja,” katanya.
Beliau berkata, suaminya bekerja sebagai juruteknik barangan elektronik dengan pendapatan tidak seberapa.
Wanita itu juga beberapa kali menegur perbuatan anak lelakinya itu namun dia akan menangis apabila ditegah memakan tanah.
Katanya, perbuatan itu menyebabkan anaknya sering mengalami sakit perut.
“Dia katakan tanah itu enak dan jika dilarang pasti akan menangis sehingga akhirnya dibiarkan saja perlakuannya sehingga kini,” katanya.
SUMBER:Sinar Harian
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>
FOLLOW KAMI DI PAGE….
TERIMA KASIH