Kalau bercakap tentang bu4ya yang besar dan mengg3runkan ni, mesti kebanyakan kisah datangnya dari negeri Sarawak kerana mempunyai antara sungai terpanjang di Malaysia.
Namun video yang dikongsikan pengguna TikTok @irfanbendanial baru-baru ini telah mengejutkan warganet apabila dia telah merakam seekor bu4ya yang dilihat sedang ‘melepak’ di tepi muara Sungai Linggi.
Menerusi rakaman video tersebut, si perakam yang menaiki bot terkejut apabila melihat seekor bu4ya yang berada di tebing sungai berkalih ke arahnya, sebaik saja dia menegur haaiwan itu bersaiz agak besar dari kebiasaan dilihatnya.
Ya Allah besarnya dia. Bu4ya tengah tersadai ni. Gemuknya! Ya Allahhh hai besar!” kata si perakam video.
“Penjaga sempadan Sungai Linggi”
Menerusi komen seorang bekas wartawan di TikTok, dia berkongsi pengalamannya membuat laporan TV3 berkenaan kisah di Sungai Linggi itu.
Menurutnya, terdapat beberapa ‘penjaga’ (buaya) di sempadan Sungai Linggi dan mereka ini dianggap ‘ketua’ sekitar tahun 2013/2014 dulu.
Namun tambahnya lagi, ada seekor bu4ya di situ sudah m4ti dan ketika menjumpai bangk4inya, kebanyakan bahagian dalaman bu4ya itu sudah ‘hilang’ seperti gigi, lidah dan lain-lain. Kemungkinan besar orang mengambil bahagian itu untuk dibuat tangkal.
“Rasa macam kena kejar”
Dalam pada itu, rata-rata warganet yang melihat video tersebut merasa gerun dengan bu4ya itu dan mengaitkan ia dengan kisah mistik.
Namun ada juga yang sempat bergurau mengatakan tak baik ‘bodyshaming’ bu4ya tersebut dengan memanggilnya gemuk.
SUMBER:Lobamerah
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>
FOLLOW KAMI DI PAGE….
TERIMA KASIH