Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati memandu secara melawan arus

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emaas ditahaan selepas didapati memandu secara melaawan arus di Persiaran Tun Teja dekat Alam Impian, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ramsay anak Embol berkata, dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki berusia 74 tahun yang memandu Toyota Prius dipercayai sedang menuju ke Jalan Batu 4 dari Plaza Tol Alam Impian.

“Warga emas berkenaan memandu secara melaawan arus selepas tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja.

“Bagaimanapun, tiada kemalaangan dilaporkan dan hasil ujian saringan air kencing turut mendapati lelaki itu negatif daadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.

Katanya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.

Terdahulu tular dua video masing-masing berdurasi 35 saat dan 22 saat menunjukkan sebuah kereta dipandu lelaki itu secara melawan arus.

SUMBER:berita harian

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *