[Video] “Meriah Betul Tol Plus Jalan Duta Semalam..‘Dah boleh rentas negeri ke atau ke Langkawi?

‘Dah boleh rentas negeri ke atau ke Langkawi semua?

Itu persoalan yang dibangkitkan pengguna laman Facebook apabila melihat kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Jalan Duta arah utara semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nan Asklinux, kelihatan deretan kereta bermula dari sebelum plaza tol berkenaan sehingga kawasan mendaki di Bukit Lanjan selepas tol terbabit.

Kosmo! Online difahamkan, keadaan sesak itu terjadi ekoran berlaku beberapa kemal4ngan kecil selepas Bukit Lanjan.

Selain itu, orang ramai turut mengambil peluang merentas daerah dan negeri sempena cuti Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata warganet mempersoalkan adakah ketika ini kebenaran rentas negeri sudah dibenarkan memandangkan Lembah Klang masih berada di Fasa Dua.

“Meriah betul Tol Jalan Duta semalam, ramai-ramai tu nak balik kampung sempena cuti Hari Malaysia ke?,” soal Kecik Keramat.

Pada masa sama, pengguna laman Facebook turut mengaitkan kesesakan itu dengan kebenaran yang diumumkan kerajaan untuk bercuti ke Langkawi.

“Mungkin mereka semua ini nak ke Langkawi, bersangka baik. Elok juga biar kosong Kuala Lumpur dan Lembah Klang,”kata Ijat Tol.

SUMBER: Kosmo

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.