KLANG: Jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ingin membuu.nuh diri tetapi ditemukan selamat dan dalam keadaan basah di tepi jalan kerana dipercayai ternampak kelibat bu4ya di sungai berhampiran jambatan di Jalan Mohd. Sidin di sini kelmarin.
Menurut sumber, wanita berusia 34 tahun itu yang pada mulanya terjun di kawasan tengah sungai bagi membuu,nuh diri bertindak berenang dengan laju di kawasan tepi sungai tersebut.
“Wanita terbabit mendakwa melihat kelibat bu4ya yang menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya membuu.nuh diri.
“Dia kemudiannya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian cubaan buu.nuh itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Utusan melaporkan cubaan seorang jurutera ingin membuu.nuh diri dengan terjun daripada jambatan gagal apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat dalam satu kejadian di Jalan Mohd. Sidin di sini.
Wanita berasal dari Taman Klang Jaya ditemukan orang awam dalam keadaan basah lebih satu kilometer daripada lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki mengatakan terdapat seorang wanita telah terjun ke sungai di kawasan tersebut kira-kira pukul 6.57 petang.
“Bagaimanapun, wanita terbabit ditemukan semula dalam keadaan pakaian basah di tepi jalan berhampiran kawasan kejadian kira-kira pukul 11.30 malam sebelum diserahkan kepada p0lis.
“Hasil siasatan mendapati, wanita yang masih bujang ingin membuu.nuh diri kerana mengalami tekanan perasaan.
“Malah, siasatan mendapati wanita yang merupakan jurutera di cawangan Petaling Jaya ini baharu dipindahkan dari Port Dickson tujuh bulan lalu,” ujarnya.
SUMBER:Utusan
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>
FOLLOW KAMI DI PAGE….
TERIMA KASIH