KOTA KINABALU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang, meninggal dunia ekoran jangkitan Covid-19 awal pagi ini.
Allahyarham yang berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.45 pagi tadi.
Difahamkan Allahyarham menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu sejak awal bulan ini.
Nilwan yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah menjadi ADUN Kunak selama dua penggal bermula pada 2008 hingga 2018.
Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan sekali lagi mempertahankan kerusi pada PRU 2013.
Bagaimanapun, beliau tewas di tangan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Norazlinah Arif pada PRU 2018 dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 pada September tahun lalu.
Sepanjang karier politiknya, Allahyarham pernah menjadi Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman selepas memenangi PRU 2013.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimie Unggi, ketika dihubungi, berkata pengebumian jeenazah Allahyarham diuruskan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu, Putatan, dekat sini, hari ini.-K! ONLINE
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang telah menlnggal dunia, seluruh amalnya akan terputus kecuali 3 hal, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang mendoakannya.” – (HR Muslim).
Ketika ada orang yang menlnggal entah itu keluarga, saudara, teman ataupun lainnya diwajibkan untuk mendoakan. Wajib hukumnya dalam Islam mendoakan orang tersebut agar segala dosa diampuni oleh Tuhan Yang Maha Esa dan ditempatkan di sisi-Nya.
Selain itu, dalam hadits yang ada dalam kitab al-Adzkar an-Nawawi, berbunyi:
“Dari Ummu Salamah r.a., ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Ketika kalian menyaksikan orang sakit atau meninggal maka berkatalah yang baik. Sesungguhnya malaikat mengamini terhadap apa yang kalian katakan.” – (H.R. Muslim).
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>
FOLLOW KAMI DI PAGE….
TERIMA KASIH