[PILU] Seorang Isteri Masih Dalam Kehangatan Cinta Dan Fasa Bulan Madu, Terpaksa Menerima Hakikat Suami Yang Baru Dikahwini Selama 47 Hari Menlnggal Dunia Pada Sept Lepas.

KUALA TERENGGANU: Masih dalam kehangatan cinta dan fasa bulan madu, seorang wanita terpaksa menerima hakikat suami yang baru dikahwini selama 47 hari men1nggal dunia akibat dij4ngkiti C0VID-19.

Lebih memilukan, Munirah Mamat, 37, dari Kampung Batu Hampar, Manir di sini sempat melayari kebah4giaan berumahtangga hanya lima hari sebelum suaminya terpaksa pulang ke Johor atas urusan kerja.

Cerita Munirah, dia berkahwin dengan Safri Muhamad, 50, yang berasal dari Ulu Tiram, Johor pada 29 Julai lalu di Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu selepas berkenalan sel4ma 15 tahun.

“Selepas lima hari berk4hwin, saya dan suami tinggal berasingan kerana arwah bekerja di Johor.

“Hanya panggilan video jadi penghubung sepanjang tempoh kami berjauhan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dia yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya di sini berkata, arwh kemudian mengadu deam berpanjangan bermula 3 September sebelum disahkan positif C0VID-19.

Ketika itu, katanya, Safri yang mempunyai penyakit asma sudah menerima vaksin namun tidak sempat melengkapkan dos kedua berikutan demam.

“Ketika kami berhubung melalui panggilan video, arwah pandang saya sambil tersenyum tapi jelas dia nampak letih.

“Saya bimbang melihat keadaan dia tapi hanya mampu berdoa,” katanya.
Wanita itu memberitahu, suaminya kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada jam 6.30 petang, 12 September selepas kesihatan mer0sot dan dia turut ke Johor bagi memantau perkembangan Safri.

Kata Munirah, kebimbangannya bertambah apabila doktor hubungi untuk meminta kebenaran menidurkan Safri, sejam selepas dimasukkan ke HSI kerana kadar oksigen dalam badan suaminya menurun.

“Waktu itu, saya sudah pasrah dan menyerahkan sepenuhnya kepada ALLAH SWT. Pada 14 September iaitu selepas 36 jam ditidurkan, pihak hospital hubungi saya dan beritahu suami men1nggal dunia pada jam 7.15 pagi,” katanya.

Jen4zah arwh sel4mat dikebumikan di tanah perkvburan Taman Mount Austin kira-kira jam 1 tengah hari.

Jelas Munirah, dia reda dengan takdir bahawa jodoh mereka hanya selama 47 hari dan menyifatkan arwah suaminya seorang yang bertanggungjawab serta penyayang.

“Arwah suami sebenarnya sudah merancang untuk berhenti kerja di Johor dan pulang ke Terengganu tinggal bersama saya namun apakan daya, impian kami tidak tercapai kerana ALLAH SWT lebih sayangkan dia,” katanya.

*Berita asal di Sinar Harian

SUMBER:Awani I Sinar Harian

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *