Orang Asli Menemui Makhluk Bigf00t, Didakwa Selalu Muncul Bila Berlaku Hujan Panas

Sejak zaman dahulu lagi, kewujudan makhluk hutan misteri yang dikenali sebagai Bigf00t masih lagi menjadi teka-teki dan masih belum ada sesiapa yang pernah memberikan bukti sahih akan kewujudannya.

Meskipun banyak laporan mengenai penampakan makhluk menyerupai Bigf00t dilaporkan di seluruh dunia, tetapi sehingga sekarang masih tiada bukti kukuh akan kewujudan makhluk penunggu hutan ini meskipun ramai percaya ianya wujud.

Baru-baru ini seorang lelaki yang dikenali sebagai redduan1 di aplikasi TikTok berkongsikan satu video yang menarik perhatian ramai pengguna aplikasi berkenaan sehingga mencecah lebih 4 juta tontonan.

Dalam video perkongsikan pemuda Orang Asli ini yang berdurasi 25 saat, terlihat kelibat satu makhluk yang didakwa BIGF00T dirakamkan di dalam hutan.

“Penunggu hutan gunung yang tanpa anda sedari.

“Perhatian kepada kaki hiking, pencinta hutan dan kaki pancing, makhluk ini cepat bertindak agresif,” katanya.

Menurut Redduan1, makhluk Bigf00t selalu muncul bila berlaku hujan panas dan menurut kepercayaan mereka iaitu masyarakat orang asli, makhluk ini wujud dari manusia keramat yang ghaib dalam keadaan kegilaan atau saintifik lebih dikenali sebagai Bigf00t.

Di ruangan komen, ramai betanyakan sama ada makhluk itu memang ‘real’ atau wujud dan ada juga yang ragu-ragu dengan kesahihan video bekenaan.

Ini kerana hampir kesemua video penampakan Bigf00t yang dilaporkan, boleh dikatakan hampir kesemuanya dirakam dari jauh dan tidak berapa jelas seperti video penampakan Bigf00t di Idaho, Amerika Syarikat baru-baru ini.

VIDEO:

Meskipun begitu, ramai orang yang masih percaya akan kewujudan Bigf00t ini dan semoga suatu hari nanti kita akan dapat bukti sahih mengenai kewujudannya dan segala persoalan mengenai makhluk penunggu hutan ini akan terjawab.

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *