[VIDEO] ‘Kenapa U-Turn Kat Situ, Pelik-Pelik Betul’ – Buat U-Turn Secara Tiba-Tiba, Perdana Dirempuh Volvo Sehingga Bergegar CCTV..

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

Jam 1.23 petang, 15 Mei 2021, berlaku kem4langan yang membabitkan dua buah kenderaan sedan di Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan, akibat kecvaian salah seorang pemandu terbabit.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit itu menunjukkan, kereta Proton Perdana terdahulu dilihat memperlahankan keretanya dan masuk ke bahu jalan. Selepas kereta Perodua Myvi (putih) keluar dari simpang, pemandu Perdana dipercayai membuat pusingan U secara perlahan.

Dalam masa yang sama, kereta Volvo (hitam) dari laluan yang sama dipandu dengan laju sehingga terlompat ketika melalui bonggol jalan. Kehadirannya di jalan itu gag4l disedari oleh pemandu Perdana.

Terkejut melihat kereta Perdana membelok secara tiba-tiba, pemandu Volvo cuba menekan brek kecem4san sehingga keempat-empat tayarnya ber4sap. Mal4ngnya, usahanya gagal lalu merempuh kereta Perdana dari bahagian kanan pemandu Perdana.

Rempuhan itu menyebab kereta Volvo hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan mel4nggar sebahagian bangunan di situ. Manakala kereta Perdana mengalami keros4kan teruk di bahagian kanan dan tersadai di tengah jalan.

Dua kenderaan itu juga ny4ris dilanggar sebuah kereta Perodua Viva yang kebetulan melalui jalan tersebut, tetapi pemandunya sempat memperlahankan kenderaan. Tidak diketahui bagaimana keadaan dua pemandu kenderaan terbabit.

Di media sosial, banyak reaksi dari net1zen. Ada yang rata2 menyalahkan pemandu Perdana yang membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya, tidak kurang juga yang menyalahkan pemandu Volvo memandu terlalu laju di jalan itu.

Walaupun begitu, ramai yang mendoakan agar kedua-dua pemandu kereta itu selamat dan orang ramai wajar menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran serta mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Budak Menangis ‘Histeria’ Tak Ada Internet Punya Pasal “ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Ke Kampung”

Tak Ada Internet Punya Pasal, Budak Menangis ‘Hist3ria’ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Kampung Tinggal …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!