Al-Fatihah Mamat Khalid Menlnggal Dunia, Dia Seorang ‘Hero’ Yang Menghantar Mesej Perpaduan…Salam Takziah Buat Keluarga..

PETALING JAYA – Pengarah serta pelakon, Mamat Khalid dilap0rkan telah meninggal dunia sekitar pukul 12.30 pagi ketika dalam perjal4nan ke Hospital Slim River, Perak.

Berita duka tersebut turut disahkan Setiausaha Agung Senlman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke h0spital selepas pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata s3ni tanah air, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid tel4h menghembvskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar pukul 12.30 pagi pada usia 58 tahun.

“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambvlan ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

“Maklumat awal, jen4zah akan dikebvmikan di Ip0h harii,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, seluruh barisan kepimpinan Seniman Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pem3rgian yang mengejvtkan itu.

Pengarah filem tersohor, Mamat Khalid adalah seorang wira yang turut memperjuangkan agenda perp4duan.

Melalui karya filem yang menjadi tont0nan pelbagai kaum dan peringkat usia, pengarah filem tersohor itu telah men1nggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpadvan kaum dalam karya-karya besarnya.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menganggap pengarah tersebut sebagai insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya.

“Beliau adalah seorang pengkarya, ahli seni yang patut dicontohi semua. Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan sebagai platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini.

“Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya melihat Mamat Khalid juga begitu.

“Ada nilai kemasyarakatan, nilai perpaduan kaum, nilai kebersamaan melalui karya-karya Mamat,” kata Halimah.

Menurut Halimah, keindahan sebuah karya seorang pengarah filem adalah apabila menjadi tontonan masyarakat pelbagai kaum, selain turut menghantar mesej-mesej positif yang diterima sehingga melangkaui zamannya.

“Mamat Khalid bukan sahaja menghasilkan karya seni yang bersifat humor, tetapi juga mengajak seluruh masyarakat supaya saling hormat menghormati, berkasih sayang, tolong menolong dan bertoleransi sesama masyarakat.

“Di situ ‘mahalnya’ sebuah karya seni apabila turut bercerita dengan nilai yang positif, sehingga dikenang dalam sejarah,” katanya.

Halimah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pengarah filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah itu atas kembalinya ke rahmatullah.

“Saya berharap seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan atas kehilangan ini. Marilah kita seluruh umat Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Perginya Mamat Khalid juga adalah kehilangan besar kepada negara dan saya percaya karya-karya beliau akan terus hidup dan segar di mata masyarakat Malaysia,” kata Halimah lagi.

Mamat Khalid, 58, meninggal dunia lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran serangan jantung.

Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak.

SUMBER:Kosmo

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *