SIAPA peminat kaktus? Sudah tentu ramai pem1nat tumbuhan ini. Ada berbagai warna dan bentuk, sesuai dibuat hiasan tan4man. Paling penting, sangat mudah menjaga kaktus kerana bukan memerlukan penj4gaan rapi.
Namun, pernah tak anda dengar tentang kaktvs aneh yang digelar sebagai ‘sya1tan yang menjalar’? Pelik kan buny1nya.
Disebut sebagai ‘Creeping Dev1l’, kaktvs ini berbeza daripada kaktus yang lain. Ini kerana ia lebih gemar ‘meray4p’ di permukaan tanah.
Nama saintifik kaktus ini ialah Stenoc3reus eruca dari keluarga Cactaceae. Oh ya, kaktus spesies ‘sya1tan’ ini tiad4 di tempat lain melainkan hanya boleh ditemui di daerah Baja California Svr di Mexico. Di sana, ia cuma hidup di tanah berpasir dan berkembang biak d4lam koloni yang sangat luas.
Kaktus ini membesar mengikut peratvrannya sendiri dan di luar daripada kebiasaan. Ia tidak tumbuh menegak s3perti kaktus lain. Sebaliknya menentang arus dengan cara ‘berbaring’ di tan4h sambil bahagian hujungnya terangkat sedikit ke atas.
Ketika tunas pokok mula keluar, ak4rnya akan menempel kuat di dalam tanah. Sewaktu ia membesar, berlaku perub4han pada struktur anatominya. Batang pokok mulai kelihatan berkilat berwarna h1jau berkrim. Diameternya sekitar lima sentimeter dan panjangnya kira-k1ra satu setengah hingga dua meter. Apabila menerima hujan, ia akan menghas1lkan bunga berwarna putih, merah jambu dan kuning.
Creeping Devil, spesies kaktus y4ng mampu bergerak sendiri dan hanya boleh ditemui di Mexico.
Apabila hujan, ia akan mengelu4rkan bunga.
Ketika ia membesar, kaktus in1 tidak akan menegak lagi. Koloni kaktus ini akan terlihat seperti longg0kkan ulat yang merayap di atas tanah, dengan hanya bahagian hujungnya tern4ik dan tidak menyentuh tanah. Paling aneh, kaktus ini boleh bergerak dar1pada posisi asalnya melewati padang pasir.
Saintis turut mengesahkan bah4wa kaktus ini adalah satu-satunya tumbuhan berduri di dunia yang mampu berp1ndah ke tempat lain dengan sendiri. Sebelum ini, ramai menganggap ia hanya r3kaan sehinggalah kajian saintifik membuktikannya.
Sekali lihat seperti longgokan ul4t di atas tanah.
Daripada kajian, saintis menemvkan beberapa fakta menarik mengenai Creeping Devil. Antaranya, kaktus ini m4mpu melakukan reproduksi secara s3ksual. Tetapi kerana pengasingan dan k3kurangan pendebungaan, hal itu tidak dapat berlangsung secara agresif. L4lu, bagaimanakah kaktus ini mampu berkembang biak?
Hasil pemerhatian mendapati bahawa kaktus ini berupaya menghasilkan semula dirinya dengan cara pengklonan walaupun tanpa reproduksi secara seksual. Perkara ini menyebabkan sebahagian saintis menganggap tumbuhan ini sebagai ‘pembiak klon paling ekstrem dalam keluarga kaktus’.
Proses pengklonan itu bermula dengan melepaskan dirinya dari pangkal yang mati atau reput. Setelah terpisah dari hujungnya, ia mulai bergerak dengan merayap di atas padang pasir.
Di sesetengah kawasan di Baja California Sur, kaktus ini selalu dilihat bergerak perlahan-lahan ke lingkungan yang luas. Namun, di beberapa bahagian lain, tumbuhan tersebut lebih gemar berpindah ke kawasan padat dan membentuk koloni yang besar.
Setelah terpisah dari bahagian yang sudah mati, kaktus ini akan bergerak mencari kawasan baru bagi mengklon dirinya.
Dalam proses migrasi mencari habitat baru, kaktus yang ‘lari dari rumah’ ini akan mengklon dirinya sendiri dengan cara mengeluarkan akar baru. Setelah tiba di tempat yang dirasakan selamat, akarnya akan dibenamkan lalu menjalar sehingga jauh ke dalam tanah. Dari saat itu, ia kembali memulakan kehidupannya sebagai Creeping Devil.
Perkara itu berlaku sepanjang masa. Walaupun aneh, proses itu sebenarnya penting dalam rantaian pertumbuhan dan perkembangan kaktus ini. Sebab itu juga ramai saintis menggelar sifat Creeping Dev1l sebagai eruca, bermaksud ‘ulat’ atau ‘kaktus syaitan’.
Kadar pertumbuhan pokok ini juga bergantung kepada persekitarannya. Dalam iklim sejuk, ia boleh tumbuh sehingga 60 sentimeter setahun. Di situ, ia membentuk koloni yang besar dan padat. Akan tetapi, apabila berada dalam cuaca yang lebih panas, kadar pertumbuhannya menjadi sangat perlahan, iaitu hanya 60 sentimeter setiap sedekad. Dan sekiranya dibiarkan sahaja, kaktus ini dikirakan mampu bertahan hidup sehingga mencapai usia 100 tahun.
Malangnya, ia kini berada dalam senarai tumbuhan terancam di Mexico. Antara penyebab utama, kaktus ini menerima permintaan tinggi daripada penggemar pokok di seluruh dunia. Ramai yang sanggup membayar dengan harga tinggi semata-mata untuk mendapatkannya.
Alfredo Beltrán Morales, seorang penyelidik di Autonomous University of Baja California Sur memberitahu, untuk setiap satu batang kaktus unik ini dijual dengan harga sekitar USD4,000 hingga USD5,000 di pasaran gelap. Dan penyeludupan haram ini salah satu ancaman terbesar yang dihadapi oleh Creeping Devil yang boleh menyebabkan kaktus ini bakal pupus buat selama-lamanya.
SUMBER:Utusan Tv
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.
JANGAN LUPA LIKE DANSHARE>>>
FOLLOW KAMI DI PAGE….
TERIMA KASIH