BESUT: Seorang pengunjung di Pantai Bukit Keluang di sini terkejut apabila menemui bangkai 20 kuc1ng bergelimpangan disyaki dir4cun, jam 9.30 pagi tadi.
Roshanafi Osman, 39, berkata sudah menjadi rutin dia dan keluarga singgah di kawasan pantai itu untuk bersiar-siar.
“Satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampung Raja jam 3.30 petang tadi.
“Tujuh daripada kuc1ng berkenaan masih kecil. Bangkai dijumpai bersama beberapa ekor kuc1ng peliharaan kerana mempunyai tali leher,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, seorang rakannya yang sering memberi makan kuc1ng itu sejak sekian lama memberitahu sebelum ini semua haiwan berkenaan dalam keadaan sihat.
“Saya bersama keluarga serta rakan membantu mengutip bangk4i kuc1ng untuk ditanam dalam satu lubang.
“Petang ini pihak veter1nar meminta saya menunjukkan lokasi bangkai ditanam dan menggali semula untuk bedah siasat punca kematian,” katanya.
Katanya, kejadian itu juga turut mengundang simpati ramai pihak yang sedih kejadian itu.
SUMBER: Beritaharian