Ibu Sayu Anak Terpaksa Tidur Beralaskan Tikar, Berbumbungkan Langit Di R&R

HANYA beral4skan tikar yang dihamp4rkan di atas rumput, tiga anak kelihatan nyenyak tidvr berselimut, di luar s3buah kereta uzur.

Lebih memilvkan, anak-beranak itu menvmpang tidur di tempat parkir kereta di kawasan Reh4t dan Rawat (R&R) Juru, Pvlau Pinang di Lebuhraya Utara-Selatan.

“Ya Allah, ya Tuhanku, kasihan kat an4k-anakku along, angah dan adik. Mama minta maaf s3bab tak dapat nak bagi an4k-anak mama tidur dengan selesa,” menurut ket3rangan seorang ibu menervsi video yang dikongsinya di laman sosial.

Bercakap kep4da mStar, Nurulhafifa Mohd Sabri berkata, dia tidak menyangka video ken4ng-kenangannya menempuh kesvsahan bersama anak-anak menjadi tular.

Wanita berusia 32 tahun itu bagaim4napun mengakui menjadikan R&R sebagai tempat berteduh mereka anak-beran4k sejak keluar dari rumah sewa di Kepala Batas, Seberang Perai.

“Sudah empat bulan kami tidur di k4wasan R&R, berhujan dan berpanas selepas tak dapat bayar tunggakan rumah s3wa selama lima bulan serta tunggakan bil air dan el3ktrik selama setahun b3rjumlah kira-kira RM4,000.

“Merata-r4ta tempat kami berm4lam, kadang-kadang di R&R Juru dan R&R Gurun. Anak-anak l3bih selesa tidur at4s tikar di luar kereta, saya dan suami pula tidur di dalam kereta,” katanya k3tika dihubungi.

Hafifa berkata, dia merupakan ibu tvnggal selama 11 tahun sebelum berkahwin dengan seorang mekanik berusia 38 tahun dengan pendapatan tidak tetap, pada 9 Februari lalu.

“Bengkel tempat kerja suami ditutup sementara sebab kes Covid-19. Jadi, kami jual tisu.

“Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol,” ujarnya yang berasal dari Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah.

Penerima zakat sebanyak RM400 sebulan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu perlu berusaha lebih untuk membesarkan tiga anak lelakinya berusia 16, 13 dan 11 tahun, dengan dua daripadanya merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Suami Hafifa mengumpul tin-tin buruk untuk dijual di kedai besi buruk.

Hafifa berkata, dia sebelum ini berniaga gerai menjual air balang dan buah potong, namun bisnesnya terjejas ekoran pandemik Covid-19.

“Sejak pertengahan tahun lalu, saya mula jadi runner hantar makanan dan barang-barang. Tapi tak banyak dapat kerana bayaran ikut sedekah pelanggan.

Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol.
NURULHAFIFA MOHD SABRI

“Kadang-kadang ada upah, kadang-kadang tak ada job runner. Saya jadi runner pun guna kereta Proton Wira dipinjam daripada abang ipar.

“Pernah sekali enjin kereta rosak. Saya terpaksa guna duit zakat dan jualan tisu untuk baiki kereta,” katanya sambil menambah ketiga-tiga anaknya tidak bersekolah sejak mereka keluar dari rumah sewa.

Anak sulung Hafifa (kanan) turut membantu menjual kotak dan tin.

Beberapa pihak tampil memberi bantuan, susulan video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pada Jumaat malam, meraih lebih 1.4 juta tontonan.

Salah seorang daripada mereka adalah pemilik butik, Nazuha M Ariffin, 31, yang menemui Hafifa di R&R Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, sebelum membawa keluarga itu membeli barang keperluan.

Hafifa (kanan) bersama anak-anak membeli barang keperluan dengan bantuan seorang usahawan wanita.

Hafifa berkata, seorang lagi turut membantu dari segi bayaran tunggakan rumah sewa sekali gus membolehkan dia bersama keluarga kembali tinggal di rumah berkenaan.

“Alhamdulillah ada yang baik hati. Sekarang ni kami dah tak jual tisu cuma pergi cari kotak dan tin buruk untuk jual di kedai besi buruk.

“Sekarang ni saya, suami dan anak sulung yang ke sana ke sini cari kotak dan tin buruk untuk dijual. Alhamdulillah, dua lagi anak dah masuk ke sekolah tahfiz atas bantuan seorang ustaz.

“Saya nak berniaga balik tapi tak ada modal. Teringin nak berniaga air balang dan buah potong macam dulu, dan mungkin juga jual nasi tomato. Harap dipermudahkan,” katanya.

Sumber : mstar

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.