[VIDEO] Detik-Detik Ulama Mesir Sempat Alunkan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Dia Menlnggal Dunia

Setiap yang beriman pasti ingin menlnggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu menlnggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan n4fasnya yang terakhir.

Baru-baru ini, seorang lagi ulama menlnggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil sempat membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum meninggal dunia.

Dalam video yang tular di media sosial, Allahyarham dilihat sedang terbaring dengan memakai alat bantuan pernafasan. Beliau dilaporkan menlnggal dunia pada Isnin.

Berdasarkan perkongsian portal Arab, Sheikh Abdul A’ti lahir di Edfu, utara Aswan pada 1934. Beliau kemudiannya mengikut ayahnya berpindah ke Esna dan menghafaz kitab suci Al-Quran pada usia muda sebelum hilang penglihatan.

Pada usia 15 tahun, beliau menghabiskan hafazan Al-Quran dan menyertai sekolah menengah Al-Azhar.

Beberapa hari lepas, beliau didakwa mengalami masalah kesihatan dan menunjukkan simptom jangkitan koronavirus. Beliau menjalani ujian saringan dan didakwa positif virus berkenaan.

Pun begitu, punca sebenar kemat1annya tidak ketahui.

Sumber: EG24.News, Al-Jazeera, Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Hanafi

About admin

Check Also

5 T̷ahun Tingg̷alk̷an Duni̷a ‘m̷ak ny̷ah’, Pemud̷a Ini Ten̷ang Bergel̷ar Tuk̷ang Bu̷at Ker̷and̷a

“Sudah Simpan Batu Nis4n, Ker4nda…”, Tinggalkan Dunia ‘M4k Nyah’, Tenang Jadi Tukang Buat Ker4nda Jun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *