Semua Penjawat Awam Terima Gaji, El4un Minimum RM1,500
Kuala Lumpur: Kerajaan kekal prih4tin atas caba’ran k0s sara hidup yang dihadapi rakyat sekali gus memast1kan semua penjawat awam menerima jumlah gaji dan elaun sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.
Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaacob berkata, tahap pendapatan minimum itu wajar diamalkan oleh sektor sw4sta bagi membantu pekerja menangani caba’ran k0s sara hidup, terut4manya bagi pekerja yang berpendapatan rendah.
gaji
Menurutnya, kerajaan komited untvk memastikan pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syar1kat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibayar sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.
“Diharap syarikat korporat lain ak4n turut meneladani usaha ini, malah dalam Bajet 2022, kerajaan mengumumkan bah4wa semua syarikat tersenarai diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang p3ngarah wanita sebelum 1 Jun 2023.
“Bukan sahaja sempena Hari Wanita Sedvnia baru-baru ini, kita sepatutnya mengiktiraf secara berterusan per4nan wanita sebagai pemimpin dan penyumbang penting kepada kemajuan sosio-ek0nomi dan kemakmuran negara.
“Sehubungan itu, selaras dengan am4lan terbaik antarabangsa, setiap GLC tersenarai hendaklah mencapai tah4p penyertaan wanita sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga peng4rah menjelang mesyuarat agung tahunan pada 2023,” katanya dalam ucapan semp3na majlis pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Kewangan (MOF) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ismail berkata, dalam Rancangan M4laysia Ke-12 (RMK-12) juga sudah mengumumkan objektif negara untvk mencapai misi sifar karb0n menjelang 2050.
Beliau berkata, dalam merealis4sikan aspirasi itu, kesemua GLC dan GLIC disarankan supaya mempunyai sasaran jangka masa sederhana dan sasaran sifar karb0n menjelang 2050 dalam merealisasikan objektif RMK-12 terbabit.
Menurutnya, kerajaan berharap agar pengumuman dasar ini akan memberi manfaat dan kesejahteraan berterusan kepada Keluarga Malaysia.
Sementara itu, katanya, GLC dan GLIC amat penting dalam mencapai visi negara berpendapatan tinggi pada 2025.
“Pembabitan GLC dalam perkhidmatan asas seperti bekalan tenaga, petrol, air, logistik, telekomunikasi telah membolehkan kita mempelbagaikan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian dan sumber asli kepada sektor perindustrian dan berteraskan teknologi seperti semikonduktor.
“Bahkan ini menjadi benteng kita terhadap kri’sis kewangan Asia 1997 hingga 1998 dan kri’sis kewangan global pada 2008.
“GLC dan GLIC juga berperanan penting dalam membangun dan mempertahankan kemajuan sosioekonomi negara.
“Entiti seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional dan Petronas banyak membantu negara membina infrastruktur kri’tikal dan mencapai aspirasinya.
“Contohnya, GLC dan GLIC membantu membangunkan satu kumpulan operator lapangan terbang terbesar di dunia (iaitu Malaysia Airports), melahirkan syarikat yang menjadi juara serantau (regional champions) seperti Kumpulan Maybank, CIMB dan Axiata dan membangunkan koridor penting negara seperti Iskandar Malaysia,” katanya.
gajiMenurutnya, GLC dan GLIC menyumbang kira-kira RM445 bilion atau 25 peratus permodalan pasaran Bursa Malaysia, memberi pekerjaan langsung kepada setengah juta Keluarga Malaysia dan penyumbang terpenting dalam rantaian bekalan negara.
Katanya, ia juga penting bagi mencapai aspirasi negara maju melalui RMK-12 dalam pembangunan sosio ekonomi negara serta keperluan menyusun semula dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan daya tahan rakyat serta daya saing Malaysia di pentas dunia.
RMK-12 menggambarkan peranan GLC dan GLIC yang diperkukuh dalam usaha memperluas pasaran eksport, membantu komuniti perusahaan dan menceburi sektor strategik yang baharu seperti Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan penggunaan data raya dan analisis data.
“Ini membabitkan pelan strategik termasuk pelaksanaan program bimbingan oleh GLC kepada pengamal profesional kecil dan sederhana (PPKS) dalam sektor perkhidmatan, perluasan model perniagaan inklusif yang menggalakkan membabitkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam rantaian bekalan GLC serta pembiayaan dan pelaburan hijau untuk projek pembangunan mampan dan mesra iklim, termasuk melalui kerjasama awam swasta.
“Selain itu, GLC turut menjadi antara pemacu utama dalam menjayakan pelbagai inisiatif Kerajaan melalui Bajet 2022 seperti JaminKerja Keluarga Malaysia bernilai RM4.8 bilion dan program SemarakNiaga Keluarga Malaysia bernilai RM40 bilion,” katanya.
Pada 2013, beberapa GLC dan GLIC bergabung usaha untuk menubuhkan Rangkaian Tindak Balas Ben’cana GLC/GLIC (GDRN) bertujuan menyelaraskan pemberian bantuan sosial dan pembinaan semula selepas bencana alam atau mal4pet4ka.
Antara 2013 dan 2016, rangkaian itu menyumbang kepada operasi pemulihan dan pembinaan semula, terutamanya untuk m4ngsa banjir di Kelantan, Pahang dan Johor.
Dalam tempoh dua tahun sejak 2020, GDRN juga berjaya membantu lebih daripada 450,000 orang yang terkesan akibat pand3mik C0V1D-I9 dan banjir dengan pelbagai jenis bantuan bernilai RM327 juta, termasuk geran padanan kerajaan melebihi RM55 juta.
“Kerajaan sedar perlunya potensi rangkaian GDRN ini ditambah baik supaya ia bersifat responsif dan lebih proaktif dalam membina keupayaan dan daya tahan Keluarga Malaysia.
“Sempena majlis ini, saya juga mengumumkan bahawa GDRN kini dikenali sebagai GLC Demi Rakyat dan Negara, dengan skop yang diperluaskan daripada Jalinan Kemanusiaan sedia ada kepada Jalinan Ilmu dan Jalinan Sejahtera,” katanya.
Sumber : MetroTV I Realmerah