Memang terkejut dibuatnya apabila seorang lelaki di Tamil Nadu, India didapati masih hidup walaupun sudah disahkan menlnggal dunia. Apa yang lebih mengejutnya, ‘ma’yat’ tersebut sudah semalaman disimpan dalam peti sejuk beku.
Sebelum itu, adik kepada lelaki yang bernama Balasubramania Kumar, 74 tahun, itu menyangka abangnya sudah pergi buat selamanya. Sebelum benar-benar ‘disahkan’ menlnggal dunia, Kumar sempat dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, dia kemudian disahkan m4ti.
Adiknya kemudian menghubungi syarikat sewaan peti sejuk beku untuk menyimpan ‘ma’yat’ abangnya itu. Keesokan harinya, pekerja syarikat sewaan datang ke rumah mereka untuk mengambil kembali peti sejuk beku berkenaan. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ‘ma’yat’ Kumar masih bernafas ketika dibawa keluar dari peti.
Selepas insiden tergempar itu, pihak berkuasa terus dimaklumkan dan Kumar yang dilihat berny4wa dibawa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.
Adik Mahukan Kem4tian Abang Sendiri?
Siasatan lanjut pihak polis mendapati keluarga lelaki tersebut sebenarnya sengaja menanti kematian Kumar sehingga membiarkan dia duduk semalaman dalam peti sejuk beku tersebut. Namun, adik Kumar cuba untuk mempertahankan tindakannya dan mendakwa abangnya itu memang sudah men1nggal dunia.
Bagaimanapun, pihak polis membuka kertas siasatan terhadap adik Kumar dan keluarganya atas kesalahan membahayakan ny4wa orang lain. Ia mungkin menjadi kisah seram yang bertukar menjadi satu kes cubaan membvnuh.
Sumber daripada: Harian Metro