Pasir Salak: Kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta ibunya yang terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap berhampiran Kampung Bukit Chawi, di sini, hari ini, ditemukan l3mas.
Ma’yat Muhamad Harith Sulayman Mohd Hanis, 5, ditemui pada 8.15 malam.
Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, m4ngsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun menaiki kereta Honda City dipandu ibu mereka.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Malim Nawar ke kampung Ulu Dedap, Jejawi untuk mengambil anak bongsu di rumah pengasuh.
“Kereta dipandu ibu m4ngsa berusia 30 tahun itu gagal dikawal apabila tiba di selekoh yang ada takungan air lalu terbabas ke kanan jalan.
“Kereta itu kemudiannya melanggar besi kunci air sebelum terjunam masuk ke dalam tali air dengan jarak antara jalan dengan tali air kira-kira enam meter,” katanya ketika ditemui di lokasi kej4dian, malam ini.
Barudin berkata, wanita itu dapat membuka cermin kereta dan menarik anak perempuannya sebelum mereka diselamatkan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Katanya, wanita itu tidak sempat menarik anak lelakinya yang duduk di tempat duduk belakang kerana keretanya semakin tenggelam dalam situasi hujan lebat dan paras air dalam.
“Pasukan penyelamat mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) m4ngsa sebaik menerima maklumat kejadian itu.
“Pasukan SAR menjumpai kereta dalam keadaan terbalik pada 7.50 malam kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian sebelum mengesan m4ngsa pada 8.15 malam dan j4sad kanak-kanak itu dibawa keluar.
“Usaha mengangkat dan membawa keluar kereta mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa dan anak perempuan tidak cedera, manakala ma’yat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk proses selanjutnya.
Menurutnya, operasi membabitkan polis dari Balai Kampung Gajah dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dengan turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : hm I oop