Tiga Tahun Baru Sedar Rupanya Kena “Scam” Siram Sukulen Di Rumah Setiap Hari.., ’Rupanya..

Seorang wanita dari Chinamenyiram sukvlen miliknya pada setiap hari selama hampir tiga tahun, sebelum menyedari t4naman itu diperbuat daripada plastik.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Liu berkongsi gambar sukulen berkenaan di media sosial, dengan mengakui bah4wa dia merasa bodoh selepas menyedari kesilapannya.

Menurut Liu, dia membeli sukulen itv secara dalam talian dan menjaga tumbuhan tersebut seperti seorang ‘bay1’.

Bagaimanapun, ketika dia berko0ngsi gambar tanaman itu dalam talian, dia menyedari bahawa dia tidak bol3h menggerakkan daun tanaman itu menggunakan tangannya.

Tidak lama kemudian, dia baru m3ngetahui bahawa sukulen tersebut sebenarnya diperbuat daripada plastik.

Malah, jelas Liu, tumbuhan itu tvrut mempunyai urat berwarna biru yang berubah warna selama bertahun-t4hun, menyebabkan dia percaya bahawa tanaman itu sedang tumbuh dengan ba1k.

Dia terus menyiram tumbuhan 1tu pada tahun-tahun berikutnya dan percaya bahawa sukulen itu akan tumbvh dengan cantik dan sihat.

Kejadian hampir serupa turut terjadi pada tahun lalu, di mana Caelie Wilkes sedang menyiram sukulen yang berada di rumahnya seperti biasa selama lebih dua tahun.

Wanita itu dikatakan mempunyai jadual penyiraman yang ketat untuk sukulen tersebut dan merasan kecewa apabila menyedari bahawa tumbuhannya itu bukanlah tanaman sebenar.

“Saya hanya mahu menjaganya dengan baik. Saya benar-benar menyukai sukulen saya,” kata Caelie.

Perkara sebenar terbongkar selepas dia menemui pasu comel yang sesuai untuk memindahkan sukulen itu.

Namun, ketika dia mula mengeluarkan tumbuhan itu dari bekas plastik asalnya, dia melihat bahawa ia dilekatkan pada blok getah dan dihiasi dengan pasir yang dilekatkan di atasnya.

“Saya mencuba sedaya upaya saya untuk memastikan ia kelihatan terbaik, namun akhirnya ia hanyalah plastik,” katanya.

Kisahnya telah dikongsi di satu halaman Facebook kumpulan tumbuhan dalaman Australia, di mana terdapat juga beberapa orang lain yang mengakui bahawa mereka juga melakukan kesilapan yang sama.

“Rakan saya di tempat kerja selalu membiarkan tumbuhannya mati kerana dia tidak menyiramnya, jadi saya meletakkan tumbuhan palsu di kafe.

”Dia menyiramnya selama sebulan sebelum saya memberitahunya ia palsu,” kata salah seorang individu.

“Ayah saya menyiram salah satu tanaman ibu saya selama setahun selepas dia meninggal dunia tanpa menyedari ia adalah palsu,” kata seorang lagi pengguna Facebook di halaman tersebut.

Sumber: The Mirror

About admin

Check Also

Nyaris disaman, pemuda minta maaf tuduh Aeril Zafrel & Wawa Zainal terima duit PN

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi menjadi mangsa tuduhan apabila menerima imbuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *