Dia fikir dia bawak bas ke? Padahal muat je? Tidak Dapat Bergerak Kerana Jalan ‘Sempit’, Pemandu Rolls-Royce Salahkan Kereta BMW

Setiap pemandu kenderaan mempvnyai egonya yang tersendiri, ada kalanya egonya direndahkan walaupun berlakv hal besar. Namun, apabila berlaku perkara kecil, egonya meninggi sehingga m3nyebabkan kesusahan kepada pengguna jalan raya lain.

Tular satu rakaman video b3rlaku satu kekecohan di sebuah jalan sehala di Seng Poh Road, Tiong Bahrv, Singapura apabila seorang pemandu Rolls-Royce Phantom memberhentikan k3nderaan lalu mengamuk di tengah-tengah jalan mendakwa keretanya tid4k muat untuk melalui jalan tersebut apabila ada sebuah BMW X5 gagal melet4kkan kenderaan di dalam kotak parkir.

Tindakan pemandu k3reta mewah itu menyebabkan terdapat beberapa buah kenderaan lain terpaksa beratur panjang di belakangnya sementara ‘menunggu’ isu itu segera diselesaikan.

Sewaktu kejadian berlaku, ada seorang wanita mat salleh cuba meredakan keadaan walaupun pemandu itu mengamuk hilang pertimbangan. Wanita itu memujuk dengan sopan agar pemandu itu cuba lalu jalan tersebut perlahan-lahan sambil dibantu orang lain.

“Anda pasti boleh lepas? Kalau berlanggar, awak nak bayar ke?” marah lelaki itu berkali-kali apabila diminta untuk menggerakkan keretanya kerana menghalang laluan tersebut.

Hantaran video itu telah mendapat perhatian warganet dari Singapura dan Malaysia yang cukup bengang melihat tindakan pemandu itu yang nampak kurang matang dan menjengkelkan walaupun memandu kereta mewah.

Tambah netizen dari Malaysia lagi, dengan ruang sebesar itu, kebiasaannya pemandu bas, lori atau 4×4 di sini masih mahu cuba menyelit melepasi laluan sebegitu.

Manakala warganet dari Singapura pula berpendapat daripada gaya lelaki yang menjengkel itu, dia bukanlah pemilik Rolls-Royce terbabit, boleh jadi dia hanyalah seorang jurujual atau pemandu yang ditugaskan untuk membawa kereta mewah itu kepada pemiliknya sebenar.

Jadi tidak hairanlah dia sanggup memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan dan mengamuk kerana tidak mahu kereta mewah itu terlanggar kereta BMW itu di sebelah kirinya atau pembahagi jalan di sebelah kanannya pula.

Seorang pemilik Myvi warganet terkejut apabila memuat naik gambar dan video steering asal keretanya diubahsuai guna rekaan persis F1. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.