Kelahiran songsang adalah merujuk kepada situasi dimana kaki atau punggung bayi berada di bahagian bawah berbanding kepala. Kebiasaannya, bayi akan bertukar posisi secara semula jadi dengan berpusing kepala di bawah pada usia 36 hingga 42 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.
Namun, terdapat statistik yang menunjukkan bahawa 3 peratus dalam kalangan bayi yang berada pada kedudukan songsong dimana ia perlu dibetulkan untuk melancarkan urusan kelahiran.
Melalui video yang tular di media Twitter wanita ini @OwToTheZie, terdapat sebuah babak drama Tamil yang memaparkan kelahiran songsang oleh seorang wanita. Jika dilihat berdasarkan rakaman itu, keadaan tersebut telah mencetuskan panik kepada doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran tersebut.
Beranak songsang pic.twitter.com/tcTDMPonQt
— Mak Leha (@OwToTheZie) October 16, 2020
Namun begitu, lain pula yang jadi apabila salah seorang doktor di dalam bilik pembedahan itu telah bertindak memasang pemetik api di tapak kaki bayi terbabit untuk tujuan membetulkan posisi bayi berkenaan. Lebih melucukan apabila setelah proses pembedahan itu selesai, bayi tersebut kelihatan sangat marah kepada doktor terbabit ekoran daripada tindakannya.
Ternyata situasi itu telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang kebanyakkannya terhibur melihat video berkenaan. Posting yang berdurasi selama 30 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima ribuan komen di laman akaun terbabit.
“Cara ni sangat unik…”
“Asal kau tak geletek je kaki baby tu…”
“Ni memang lawak sangat…”
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya: