[VIDEO] Seorang Lelaki Yang Menanggung Kekecewaan Lamaran ditolak kerana bukan pegawai kerajaan

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang menanggung kekecewaan selepas lamarannya ditolak mentah-mentah, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @insta__nyinyir itu dirakam di ruang tamu sebuah rumah.

Kelihatan empat orang sedang duduk di sofa dengan dua wanita adalah ibu masing-masing kepada pasangan kekasih berkenaan.

Menurut keterangan, lelaki itu datang bersama ibunya untuk meminta izin meminang gadis tersebut untuk dijadikan isterinya.

Namun, lamaran lelaki itu ditolak mentah-mentah kerana dia bukan penjawat awam.

Ibu kepada gadis berkenaan kelihatan berbincang dengan lelaki itu sebelum berdiri menghampirinya.

Lelaki itu bersama ibunya kemudian bangun lalu keluar dari rumah tersebut dengan menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bersyukur tidak dapat mentua seperti itu. Bayangkan kalau jadi kahwin,’’ tulis seorang netizen.

“Sombongnya. Sabar ya anak muda, masih banyak perempuan yang lebih baik,’’ komen netizen lain.

SUMBER:Kosmo

About admin

Check Also

5 T̷ahun Tingg̷alk̷an Duni̷a ‘m̷ak ny̷ah’, Pemud̷a Ini Ten̷ang Bergel̷ar Tuk̷ang Bu̷at Ker̷and̷a

“Sudah Simpan Batu Nis4n, Ker4nda…”, Tinggalkan Dunia ‘M4k Nyah’, Tenang Jadi Tukang Buat Ker4nda Jun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *