Baru-baru ini tular satu video yang mem4parkan sebuah tandas hanyut dibawa arus sungai bersama seorang lelaki di 4tasnya, lapor Suara.com.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku d1 Martapura, Kalimantan Selatan, Indonesia.
“Tandas hanyut dibawa arus di Sungai M4rtapura, tepatnya di Desa Tunggul Irang, Kabupaten Banjar, Kalimantan S3latan pada Sabtu,” tulis seorang pengguna Instagram.
Video tersebut dipercayai telah dir4kam oleh salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu.
Menerusi video itu, tandas tersebut d1lihat terapung dengan membawa timbunan tumbuh-tumbuhan di bawahnya.
Di atas bumbung tandas tersebut, kel1hatan seorang lelaki berbaju merah yang dilihat sedang duduk santai walaupvn hanyut bersama tandas.
Menurut seorang penduduk berhamp1ran, tandas terapung itu mungkin dihanyutkan arus kerana dihempap oleh sisa k4yu dan tumbuhan di sungai berkenaan.
Penduduk juga tidak mengetahui s1apa sosok lelaki yang berada di atas tandas ketika ia dihanyutkan.
Tidak cuma itu, mereka juga tid4k mengetahui punca lelaki itu naik ke atas tandas tersebut.
Bagaimanapun, terdapat jambatan g4ntung di hilir sungai tersebut dan lelaki itu mungkin boleh ‘menyelamatkan d1rinya’ di situ.
“Tidak tahu puncanya apa, kemungk1nan hanya ‘menumpang’ untuk pergi ke jambatan gantung,” kata seorang p3nduduk.
Kehadiran sampah di sungai itu dik4takan sering berlaku terutama dalam keadaan banjir pada ketika ini, l4por Apakhabar.com.
Malah, banjir yang berlaku pada Disember 2021 dan Januari lalu juga telah merosakkan jambatan akibat dihempap timbunan buluh dari hulu sungai.
Kejadian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, mereka merasa kasihan dan ada yang terhibur.
Seorang penduduk yang merakam kejadian itu ketawa kerana melihat tandas itu melayang tepat di hadapannya.
Penduduk yang berada di sekeliling turut kedengaran ketawa terbahak-bahak kerana menganggap tandas karam itu sebagai kelakar.
Tambah menghiburkan, lelaki yang berada di atas tandas terapung itu tetap tenang, malah sesekali santai menghulurkan kaki di atas bumbung jamban yang dinaikinya.
Sumber: Suara.com, Apakhabar.com