Kehilangan insan yang tersayang amatlah menyakitkan. Ia merupakan detik2 yang sangat sedih dan amat berat bagi kita untuk melaluinya. Inaya tidak dinafikan sehingga ada sesetengah orang yang sanggup melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan.
Apa yang jelas, perasaan itu normal bagi seseorang manusia. Kesedihan adalah suatu tanda yang membuktikan hakikat kehidupan. Jika kita mengelak perasaan tersebut, kita tidak akan mengenali diri sendiri.
Apabila kita merasai perasaan tersebut, secara langsung membantu kita memahami nilai kesedihan dengan lebih mendalam.
Seperti sebuah video yang viral di Indonesia memaparkan seorang lelaki dipercayai suami telah menggali kubur arwah isterinya untuk melepaskan rindu yang terpendam selama ini. Memang sedih!
Gali kbur isteri
Kejadian ini berlaku di Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia menyaksikan seorang suami telah bertindak menggali makam arwah isterinya. Tindakan tersebut dipercayai si suami tidak dapat terima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah meninggal dunia.
Video menunjukkan individu itu berusaha sekuat tenaga dengan menggali kubur berkenaan menggunakan sebatang cangkul tanpa dibantu sesiapa.
Di akhir video, si suami kelihatan tersungkur di kubur isteri sebelum kerja menggali itu selesai.
Belum move on
Memandangkan betapa besarnya impak perasaan sedih, maka ramai berbicara hal itu. Ada yang memberi nasihat supaya kita jangan bersedih, berhenti bersedih serta mengelak daripada bersedih.
Apa yang jelas, semua nasihat tersebut ada kebenarannya namun perlu dikupas dengan rasional dan teliti agar dapat membantu jiwa yang bersedih.
Lihat Video di bawah: