[Video] Mak Oii, Keslan Budak Tu Tengah Solat Dia Kena Kuis Macamtu Jer….

Tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki d3wasa telah menendang budak lelaki yang tengah solat hanya kerana untuk mend4patkan saf. Budak lelaki tersebut tetap meneruskan solat tetapi berger4k ke tepi untuk memberikan ruang kepada lelaki dewasa tersebvt.

Perkara sebegini adalah tidak waj4r dan langsung tidak menggambarkan akhlak seorang muslim. Nabi mengajarkan um4tnya untuk berlemah lembut dengan kanak-kanak, bukan bersikap kasar walaupvn mereka melakukan kesilapan.

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang melaksanakan solat, cucu baginda, Hasan dan Husain mem4njat ke atas bahu baginda dan bermain-main di sekitar baginda. Selepas sol4t, baginda tidak terus memarahi dan menyalahkan mereka, kerana baginda tahu b4hawa kanak-kanak akan takut dan akan menjauhi orang yang memarahi dan kelak svsah menerima nasihat. Justeru, baginda menasihati mereka dengan lemah l3mbut sehingga mereka faham dan mendengar nasihat tersebut.

Rasulullah SAW melarang ibu bapa b3rkata bohong kepada kanak-kanak.

Terdapat ibu bapa yang berkata bohong kepada anak untuk mendiamkannya ketika mereka meminta sesuatu. Contohnya, “Diam ya nak, nanti emak belikan coklat.” Selepas anaknya diam, coklat pun tinggal cerita sahaja. Bayangkan betapa kecewanya anak itu apabila janji tidak ditepati.

Rasulullah SAW suka bermain dengan kanak-kanak dan bercerita kepada mereka. Baginda tidak malu bermain dengan mereka, malah melayan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya. Rasulullah SAW pernah membawa Abdullah bin Abbas r.a. di atas kenderaan baginda sambil bercerita tentang nabi-nabi yang diutus oleh Allah SWT sebelum baginda.

Ada satu peristiwa yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sangat peka terhadap keinginan seorang anak. Anak tersebut bernama Khattab. Dia rendah, kurus dan tidak tampan berbanding kawan-kawannya yang lain.

Pada suatu hari, Khattab berjumpa dengan Rasulullah SAW dan seperti anak-anak yang lain, dia berasa sungguh gembira tatkala bersama-sama baginda. Baginda memerhatikannya dengan penuh belas kasihan dan memahami kehendaknya. Sambil membelai kepala Khattab, baginda berdoa agar Khattab membesar dengan tampan seperti rakan-rakan sebayanya.

Hari demi hari, Khattab mula membesar dan berubah. Hanya dengan satu doa daripada Rasulullah SAW, Khattab menjadi pemuda yang tinggi, sasa dan paling tampan dalam kalangan rakan-rakannya. Bagi Khattab, tiada lain yang dikasihi melebihi dirinya melainkan Rasulullah SAW.

Contohilah sikap Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak. Baginda suka bertanya tentang keadaan mereka dan memeluk mereka dengan kasih sayang. Kanak-kanak mempunyai hati yang lembut, maka kita perlu berhati-hati memperlakukan mereka.

Jika mereka terbiasa diperlakukan dengan kasar, maka mereka akan ingat sampai bila-bila dan ini akan mengganggu psikologi mereka. Sebaliknya, mereka akan suka kepada seseorang yang menyayangi dan berlemah lembut kepada mereka. Anak-anak akan lebih mudah mendengar nasihat daripada orang yang disenangi

sumber : borakviral

About admin

Check Also

Budak Menangis ‘Histeria’ Tak Ada Internet Punya Pasal “ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Ke Kampung”

Tak Ada Internet Punya Pasal, Budak Menangis ‘Hist3ria’ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Kampung Tinggal …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!