Merungut Dengan Kerja? Bersyukurlah Jika Pekerjaan Anda Tidak Seteruk Ini

Di kala anda sedang dalam perjal4nan ke tempat kerja, mesti pernah sekali anda terdetik untuk bertukar perk3rjaan lain. Mungkin anda ingin mencari kerja yang lebih baik dari segi g4ji bulanan, mungkin anda ingin mencari kerja yang lebih mudah dari kerja 4nda sekarang dan banyak lagi kemungkinan kerja lain yang bermain di fikiran 4nda.

Tetapi pernahkah anda terfikir tent4ng pekerjaan orang lain? Adakah bayaran mereka setimpal dengan kerja yang m3reka lakukan? Zakir Chowdhury adalah jurugambar rasmi untuk Barcroft Med1a dan beliau ingin berkongsi kepada dunia antara pekerjaan paling mencabar di Bangladesh; kerja mencuci longkang bawah tanah.

Lelaki ini adalah salah seorang pekerja untuk Dhaka City Corporation. Kerja beliau adalah mencuci longkang bawah tanah untuk mengelakkan ianya dari tersumbat dan menyebabkan banjir. Kerja mereka bertambah mencabar apabila tiada peralatan khusus dan pakaian keselamatan diperuntukkan kepada mereka untuk menyelam ke dalam; not even a goggles! Bagaimanalah mereka melihat di dalam sana.

Tanpa pakaian keselamatan, mereka memang terdedah dengan kuman dan bakteria yang ada di dalam longkang dan sudah ramai yang meninggal dunia kerana faktor kesihatan akibat pekerjaan ini. Bau busuk dari longkang ini pula sudah sebati dengan mereka.

Disebabkan populasi bandar Dhaka yang kini melepasi 14 juta penduduk, bandar berkenaan kini sering banjir kerana sistem perparitan yang tidak bagus. Dalam satu perkembangan, pihak berkuasa sedang mencari solusi untuk menyelesaikan masalah longkang ini di mana mereka akan menaik taraf sistem perparitan yang sedia ada.

Sementara bandar Dhaka menunggu untuk sistem perparitan baharu, buat masa ini mereka perlu bergantung kepada unsung hero mereka yang bekerja keras untuk memastikan bandar mereka sentiasa dalam keadaan baik. Berapa pun bayaran yang mereka terima, ianya pastinya tidak setimpal dengan risiko pekerjaan ini.

Apa pun kerja anda sekarang, bersyukurlah kerana ada insan yang mempunyai kerja yang lebih teruk daripada anda. Jika diberi gaji lumayan pun untuk kerja mencuci longkang secara manual ini, saya pasti ramai yang akan fikir dua kali.

SUMBER : DAILY MAIL

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *