Pemergian Yang Dicemburui “Rebah Pada Rakaat Ke-20, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih”

Rebah Pada Rakaat Ke-20, Lelaki Dilapor Men1nggal Dunia Ketika Solat Tarawih
Baling – Seorang jemaah lelaki dilaporkan telah men1nggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah semalam.

Memetik laporan Utusan, kejadian tersebut berlaku di Masjid Tunku Intan Safinaz di Kampung Lanai, Baling, Kedah.

Difahamkan, jemaah yang dikenali sebagai Zamri Saad, 51, itu rebah ketika menunaikan solat tarawih pada rakaat ke-20.

Tidak lama kemudian, arwah disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata arwah berada di saf belakang imam ketika kejadian.

“Ketika rakaat ke-20 sebelum tahiyat akhir, tiba-tiba arwah rebah. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Tambahnya lagi, arwah telah memaklumkan dia tidak boleh makan masakan kurma kambing ketika berbuka puasa di masjid itu.

Pun begitu, dia meminta kebenaran untuk memb4wa balik sedikit lauk itu untuk anak-anaknya.

“Arwah juga ada mengadu pada jemaah lain d1a sakit dada,” ujar Hashim.

Dalam pada itu, isteri arwah, Rohani Mohd. Noor, 51, berkata dia tidak menyangka suaminya men1nggal dunia selepas pertama kali berbuka puasa di masjid itu pada Ramadan tahun ini sebelum men1nggal dunia.

“Semalam, arwah berpeluang ke masjid untuk berbuka puasa kerana sebelum ini dia hanya berbuka puasa di rumah bersama anak-anaknya seramai tujuh orang.

“Arwah tergerak untuk berbuka puasa di masjid serta solat tarawih dan arwah mengajak saya mengikutnya tetapi saya tidak mengikutnya kerana saya mahu solat di surau berdekatan,” katanya.

Menurutnya lagi, insiden yang menimpa suaminya itu telah dimaklumkan kepadanya oleh abang arwah.

Dia kemudian mengajak anak keduanya, Nazirol Zamri, 20 ke masjid untuk melihat keadaan arwah dan dimaklumkan bahawa suaminya telah men1nggal dunia.

“Arwah sentiasa bangun sekitar pukul tiga pagi setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat sehinggalah waktu bersahur.

“Sejak sakit jantung beberapa tahun lalu, suami saya tidak pernah tinggal solat sehinggalah ke saat akhirnya,” katanya.

Sumber : UtusanVia Siakap Keli

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *