SOAL jodoh, m4ut serta rezeki semem4ngnya kententuan Yang Maha Esa.
Namun siapa sangka, suami yang dik4hwini sejak 18 tahun lalu pergi buat selamanya meninggalkan wanita ini t3rkontang-kanting membesarkan empat anak mereka.
Lebih tragis, si suami men1nggal dunia dengan cara yang langsung tidak terjangkau dek fikirannya m4hupun anak-anak.
Kisah menyentuh hati yang men1mpa keluarga ini dikongsikan aktivis kemasyarakatan, Natipah Abu, d1 laman Facebook selepas diceritakan kembali oleh wanita bernama Yuliana Zainal.
“Saya asalnya orang susah dan t4k kisah pun hidup susah bersama suami. Saya tak pernah menyusahkan suami. Su4mi dan saya sama-sama sekolah tak tinggi jadi kami sama-sama kerja kampvng. Menoreh getah dan mengopek ikan bilis.
“Suami pula kalau ada rezeki b3rtukang rumah, dia bertukang. Kalau ada rezeki membersihkan kebun, dia bers1hkan kebun. Mana yang datang asal jadi duit, kami akan usahakan.
Tetapi sejak setahun yang lalu, svami mula berubah. Dia lebih banyak menyendiri. Larut malam, dia mas1h duduk berpeluk tubuh di luar rumah. Kadang-kadang, dia juga bercak4p seorang diri.
“Beberapa kali, saya cuba bert4nya apa yang mengganggu fikirannya. Tapi dia bertegas mengatakan saya tak p3rlu tahu, biarlah dia sendiri yang memikirkannya,” tulis Natipah s3bagaimana yang diceritakan kembali oleh Yuliana.
Munurut Yuliana, 43, sekalipun ke4daan suaminya banyak berubah sehingga tidak keluar bekerja menyara keluarga, namun dia sama sekali tidak memarahi lelaki berkenaan kerana cuba memahami situasi yang dihadapinya.
Sehinggalah tanggal 10 April lalu, Yuliana serta empat anaknya dikejutkan dengan tragedi yang membuatkan mereka trauma sehingga kini.
“Suami keluar rumah awal pagi dan tidak pulang hingga ke petang. Saya mencarinya di rumah ibu mentua yang tinggal berhampiran namun hampa, suami tiada.
“Sekitar jam 4 petang, ketika saya pulang, saya nampak motosikal suami ada di luar rumah. Saya lega kerana suami akhirnya pulang ke rumah.
“Apabila melangkah ke dalam rumah, saya dengar bunyi air paip dari arah bilik kami. Saya sangka suami saya sedang mandi. Lama tidak keluar, saya memanggil-manggil suami. Tetapi panggilan saya tidak berjawab.
“Saya pun masuk ke dalam bilik. Saat masuk, terasa hendak putus nyawa apabila ternampak tubuh suami tergantung dengan tali buaian terjerut di leher.
“Saya tak mampu hendak berkata apa-apa lagi. Meraung saya memeluk kedua belah kaki suami yang terjuntai. Terasa gelap gelita dunia saya,” ceritanya yang menetap di sebuah kampung di Baling, Kedah.
Tambah Yuliana, dia berasa sedih bercampur ralat kerana tidak mengetahui punca kepada masalah suaminya sehingga lelaki tersebut nekad mengambil tindakan sedemikian.
“Sampai hari ini saya masih terbayang-bayang mayat suami yang tergantung di depan mata. Sedih, tidak tahu hendak dikata lagi. Tetapi apa daya, hidup kami terpaksa diteruskan.
“Saya kesian kepada anak-anak. Mereka menanggung kesan trauma yang bukan mudah untuk diluah,” ujar ibu kepada empat cahaya mata berusia dalam lingkungan lima hingga 17 tahun.
Mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika ini, Yuliana yang hanya mengambil upah mengopek ikan bilis sebagai mata pencarian berkata dia sedaya upaya mencari rezeki agar pelajaran anak-anaknya tidak terabai.
“Walaupun kami susah, persekolahan anak-anak tak pernah kami abaikan. Anak sulung saya sangat cemerlang dalam pelajaran dan berada di asrama penuh.
“Hanya pelajaran saja yang mampu saya beri kepada anak-anak demi masa depan. Saya berharap anak-anak saya memiliki masa depan yang baik berbanding apa yang saya ada dan lalui hari ini,” katanya lagi.
Sehubungan itu menurut Natipah, dia menggerakkan inisiatif Sedekah Jumaat bagi membantu Yuliana dan empat anaknya membina hidup baru setelah kematian ayah mereka baru-baru ini.
“Selain membeli kelengkapan hari raya, kita juga hendak membaiki kerosakan utama dan membeli keperluan utama rumah ini agar kelima beranak ini tidak terus hanyut di dalam kesedihan,” kata Natipah.
Sehingga kini perkongsian Natipah di laman Facebook meraih 263 shares.
Sumber: mstar