Serangga Macam Ranting Kayu Bersalin Kulit Mengejutkan Pemiliknya

Umum sedia tahu dalam dunia ini pelbagai hidupan tercipta dengan peranan yang tersendiri. Ada hidupan laut dan darat yang biasa kita lihat memiliki kelebihannya yang tersendiri. Malah masih banyak rahsia alam yang belum ditemui dan diketahui.

Namun begitu, baru-baru ini satu penemuan serangga macam ranting kayu dengan saiz luar biasa mengejutkan pemilik hidupan tersebut. Menerusi laporan portal luar, hidupan dengan saiz yang besar itu dipelihara oleh seorang peminat serangga, Lisa Van Kula Donovan.

Dalam perkongsian oleh wanita ini, serangga tersebut sedang dalam proses bersalin kulit dan sedang bergantung di dalam sangkarnya di Queensland, Australia. Menurut pemiliknya, dia sendiri tidak menjangkakan situasi tersebut. Ini kerana dia sudah memelihara serangga tersebut sejak beberapa tahun lalu.

“Dia hampir selesai, dia mengayunkan diri untuk memegang badannya dan menarik perut atau ekornya sendiri keluar dari kulit itu,” ujar Lisa.

Tambahnya lagi proses menyalin kulit tersebut adalah perkara biasa bagi serangga tersebut untuk tumbesarannya. Malah sepanjang hidup serangga ini akan melalui lima kali proses tersebut.

Lisa turut akui teruja kerana dapat menyaksikan sendiri proses semulajadi oleh serangga yang dipeliharanya itu. Memang bertuah Lisa dapat menyaksikan sendiri proses semulajadi oleh serangga macam ranting kayu tersebut!

Sumber: Hcl

About admin

Check Also

Budak Menangis ‘Histeria’ Tak Ada Internet Punya Pasal “ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Ke Kampung”

Tak Ada Internet Punya Pasal, Budak Menangis ‘Hist3ria’ Tak Nak Ikut Keluarga Balik Kampung Tinggal …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!