[Video] Sekeluarga pulang ke kampung, budak lelaki ditinggal sendirian sebab kereta tak muat akhirnya ini yg berlaku

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan boleh dikatakan ketika ini masing-masing sedang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari yang penuh bermakna ini bersama keluarga tercinta.

Kena tinggal sebab kereta tak muat
Dalam gembira menghitung hari, jangan di lupa mereka yang mungkin tidak senasib dengan kita seperti yang di lalui budak lelaki ini.

Melalui perkongsian Teratai Biru di laman sosial TikToknya, difahamkan budak lelaki itu ditinggalkan keluarganya yang pulang ke kampung kerana kereta tidak muat.

Jika dilihat, budak lelaki itu duduk seorang diri di luar rumah dan hanya mampu tersenyum apabila menyedari tingkah serta gelagatnya sedang dirakam.

“Sampai hati buat anak macam tu”
Hal itu turut membuatkan nertizen bersimpati mengenangkan nasibnya dan mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang sanggup meninggalkan anak sendiri sebegitu.

“Kalau tak muatlah sewalah van atau naik bas”

“Macam mana lah boleh terfikir ke situ”

Mungkin ayah dia hantar Keluarga dulu balik,Akan dtg ambil dia kemudian,raya lmbt lg

Sumber Tiktok

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *