PETALING JAYA : “Nasib baik m0del orang putih (minah saleh), kalau m0del kita (Melayu) tak dapat bayangkan”.
Demikian lah perasaan lega oleh pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail apabila pakaian ala kemban rekaannya yang diperagakan seorang model tiba-tiba sahaja terlondeh di atas pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) semalam.
Menerusi video yang dimuat naik Ezuwan dalam Instagram, kelihatan dia yang diapit dua model, wanita dan lelaki kelihatan berjalan di atas pentas selepas habis memperagakan busana rekaannya itu.
Bagaimanapun secara tiba-tiba, busana ala kemban yang digayakan model wanita itu tiba-tiba terlondeh sehingga ke paras pinggang dan disaksikan penonton yang hadir menyaksikan pertunjukkan itu.
“Mujurlah ada ‘top’ yang telah dipakai. Kalau tidak semata-mata skirt (yang digayakan menjadi baju), bukan setakat ‘naya pak karim naya abe’ (abang) Ezuwan wei! Mujurlah m0del orang putih.
“Kalaulah m0del Melayu, tak dapat bayangkan. Tak mahulah cerita yang bukan2,” tulisnya di dalam Instagram.
Ujar Ezuwan, walaupun sudah membuat perancangan sempurna, namun dia tidak dapat mengelak jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini itu.
“Kadang2 tidak semua benda yang dirancang itu sempurna. Tapi reda sahajalah benda dah nak jadi. Nasib baik aku buat baju ala2 tutup satu badan.
“Kalau tidak, tak ke nampak tuttttt (payudara). Aku pula b0leh tak perasan sebab sibuk berangan melambai-lambaikan tangan macam Miss Universe,” katanya.
Perkongsian Ezuwan turut menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata2 memuji sikap profesional model tersebut yang tenang mengawal keadaan.
“Nasib baik m0del kreatif dan bijak,” komen seorang pengguna Instagram.
“Mujur model pakai t0peng. Selamat,” kata seorang lagi pengikutnya.
Penganjuran KLFW 2022 merupakan sebuah acara tahunan yang dibuat bagi meraikan pereka2 fesyen tempatan mempamerkan hasil rekaan mereka bermula 17 Ogos hingga 21 Ogos 2022.
Sumber: Kosmo Online!