“Khutbah Nikah, Tulus Ikhlas Dari Hati Abah”.. Datuk Dr. Zulkifli Sebak Lepaskan Anak Sendiri

Terbaru, perkongsian Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman media sosial miliknya menarik perhatian ramai apabila beliau menyampaikan khutbah nikah buat majlis anaknya sendiri.

Khutbah nikah yang tulus ikhlas daripada hati abah…
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook tokoh ulama negara itu, dilihat beliau menyampaikan khutbah nikah yang tulus ikhlas daripada hatinya buat anakanda sulung yang tercinta, Mohammad Hasanain bin Zulkifli serta pilihan hatinya, Nurul Azzlina Nabilah binti Abdul Aziz.

Biasanya khutbah nikah saya lanc4r… tapi oleh kerana anak saya sendiri hari ini, saya tidak mampu…
Namun, apa yang menyentuh perasaan, beliau kelihatan menahan sebak dan mengakui sukar mempersiapkan dirinya di majlis perkahwinan anak sendiri itu. Datuk Dr. Haji Zulkifli berkata, kebiasaannya dia lancar memberikan khutbah nikah di acara pengantin yang lain.

“Biasanya khutbah nikah saya lanc4r… tapi oleh kerana anak saya sendiri hari ini, saya tak mampu (minit 2.23),” ujarnya lagi.

Dalam bahagia itu ada ujian…
Dalam pada itu, beliau sempat menitipkan nukilan pesanan daripada seorang bapa buat anaknya dalam kehidupan berumah tangga bersama pasangan hidupnya.

“Anakku, setiap pasangan yang berkahwin bertekad untuk mendapat kebahagi4an. Tetapi hakikatnya tidak ramai yang dapat mengecapinya.

“Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya milik Pemilik Segala Hati & Cinta iaitu Allah SWT.” tulisnya lagi

Malah, beliau turut mengingatkan anakandanya bahawa dalam kebahagiaan hidup berumah tangga sebenarnya mempunyai ujian & ia adalah sunnatullah yang mematangkan serta menguatkan ikatan kasih buat pasangan suami isteri.

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Instagram @drzulkifli.albakri & Oh My Media

About admin

Check Also

Ikutilah Suruhan Nabi Ini, Janganlah Menjadi Imam β€˜Syok Sendiri’

Sebagai umat Islam, kita digal4kkan utk solat berjemaah di masjid mahupun surau. Menjadi seorang Imam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *