Kalau remaja sekarang fikir ambil dadah atau minum air arak sampai mabuk-mabuk itu cool… korang salah sebab korang mungkin kalah dengan trend terbaru daripada Indonesia yang terkini.
Menurut Malaysiakini, ada kegilaan baru yang dikesan dalam kalangan remaja Jakarta dan bandar sekitarnya iaitu dengan meminum air dari tuala wanita! Euwww yekkk!
Minum air rebusan ‘pad’ untuk rasa “tenang dan gembira”
Kes penagihan air rebusan tuala wanita yang dikesan di Jakarta, B0gor, Bekasi, Depok dan Tangerang ini sebenarnya berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja. Hasil penemuan kesan ‘puas’ itulah yang membuatkan trend ini jadi viral kepada remaja-remaja lain.
“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka berasa tenang atau gembira,” kata Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, Sitty Hikmawatty.
Minum air rebusan boleh menyebabkan kesan kimia pada mata dan juga badan.
Disebabkan idea minum rebusan ‘pad’ ini kebabom sangat, penyelidik Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sampai terkejut bila dapat tahu kegemaran terbaru remaja di Indonesia ni.
Kata Yessi Permana, bukan isu mabuk yang membuatkan dia bimbang tapi air rebusan ni sebenarnya sangat berbahaya sebab mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh beri kesan kepada mata dan butiran polimer penyerap cecair yang bahaya kepada badan kita.
Aduhai apalah korang ni macam-macam trend pelik sampai nak minum air rebusan pada pad bagai… Karang kalau sakit, siapa yang susah pula??
Sumber: Lobak Merah