“Si Tanggang Moden” Zalimi Ibu Sendiri Kerana Harta, Ibu Kebuluran 4 Hari Tak Makan

SI TANGGANG moden, demikian lah gelaran yang sesuai diberikan buat seorang lelaki yang menzalimi ibunya sendiri demi harta.

Dalam kejadian berlaku di Nikom, Satuek, Thailand, wanita warga emas, Nuan Salangam, 82, telah diabaikan anaknya didakwa bagi mendapatkan harta pusaka.

Wanita berkenaan dipercayai telah dibiarkan kelaparan oleh si anak dengan harapan beliau meninggal dunia bagi mewarisi hartanya.

Bagaimanapun, belum sempat impian tercapai, anak lelakinya yang berusia 57 tahun itu ditemui meninggal dunia akibat penyakit tibi (tuberkulosis) dengan dalam keadaan yang cukup tragis.

Pegawai polis dan penyelamat yang menerima laporan daripada jiran mereka selepas terhidu bau yang busuk. Setelah memasuki rumah berkenaan, mereka menemukan mayat Thongdee Salangam sudah mereput dimakan ulat di atas katil kayu.

Lelaki itu dipercayai meninggal dunia empat hari sebelum mayatnya ditemui.

Gambar Hiasan

Dalam operasi berkenaan, p0lis dan pasukan penyelamat turut menemui wanita berkenaan di atas tilam di dalam rumah berkenaan.

Nuan memberitahu beliau tidak menyedari anaknya itu meninggal dunia dan mengadu kelaparan kerana sudah 4 hari tidak diberi makan dan minum.

Wanita itu turut mendedahkan dirinya telah terlantar sejak 10 tahun lalu. Biarpun mempunyai akses kepada bantuan kewangan daripada kerajaan, Nuan mendakwa anak lelakinya itu telah membolot wang tersebut dan membeli minuman keras. Malah si anak juga tergamak membiarkan dirinya dalam kelaparan.

IBU TUA ITU JUGA MENAMBAH, BELIAU MERASAKAN THONGDEE MAHU DIRINYA MATI KELAPARAN SUPAYA B0LEH MENJUAL RUMAH, TANAH DAN SEMUA ASET KELUARGA.

“Th0ngdee makan makanan di hadapan saya. Saya minta makanan kepadanya, tetapi dia tidak memberi apa2. Saya terpaksa minum dari air paip. Dia selalu memukul saya setiap kali dia m4buk. Saya tidak tahu bagaimana saya mampu bertahan sehingga sekarang. Saya tidak mempunyai siap-siapa. Tiada elektrik di sini, dan tiada siapa yang akan menjaga saya,” ujarnya

Seorang jiran, Danita Trate-theaway, 59, memaklumkan kepada media bahawa dia tahu lelaki itu menyebabkan Nuan kelaparan dan telah melap0rkan kejadian itu kepada polis.

Danita berkata, Nuan masih menyayangi anaknya itu. Tiada sesiapa berani melawat kerana bimbang sikap Thongdee yang sering mabuk selain bimbang dijangkiti penyakit tibinya.

Seorang lagi jiran, Kae Paeree, 60, berkata Thongdee pernah menggadaikan tanah 10 tahun lalu dan membelanjakan semua wang itu, kira-kira 50,000 hingga 60,000 baht (RM6,274.88 hingga RM7,529.86) hanya untuk berjudi.

Sudah jatuh ditimpa tangga, agen peminjam wang juga didakwa telah menaikkan kadar faedah pinjaman hingga 300,000 baht (RM37,649.29). Kini mereka dikatakan sedang menunggu Nuan meninggal dunia untuk merampas tanah bagi melunaskan hutang Thongdee anaknya.

Ketua Daerah Satuek, Piphat Bamrungklang memberitahu media, Hospital Satuek akan menjaga Nuan sehingga kesihatannya pulih semula.

Beliau menambah para pegawai sedang berusaha menjejaki ahli keluarga wanita tersebut. Jika tidak ditemui warisnya, Nuan akan dihantar ke rumah jagaan warga emas.

Sumber: Thaiger, MyHealth & SinarPlus

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *