“Pengkid” Berani Tunaikan Umrah Pakai Ihram Di Mekah

Baru-baru ini, telah tular rakaman video seorang pengkid yang didakwa telah pergi menunaikan umrah di Mekah dengan memakai ihram.

Perbuatan tersebut telah didedahkan sendiri oleh bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Aliya kerana merasakan perbuatan tersebut telah melampaui batas.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Aliya pernah membuat perkongsian di TikTok tentang bagaimana dia telah diperdayakan oleh pengkid yang mahu dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau panggilan mesra ‘Ayid’ sehingga wanita tersebut telah merancang untuk bertunang dan berkahwin pada awal tahun depan.

Malah, selepas videonya itu viral lebih ramai menceritakan jalan cerita yang lebih kurang sama dan ada antara mereka yang sudah pun membeli baju pengantin dan menghantar borang kahwin ke jabatan agama.

“Ingatkan dia ikhlas rupanya ajak adik saya berkahwin”

Menurut Harian Metro, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ramlah juga turut menceritakan penipuan yang dialaminya bersama pengkid yang sama.

Ramlah menceritakan, Ayid yang dia kenali dari aplikasi TikTok ini mengatakan bahawa dia merupakan duda dan mempunyai anak dua.

“Malah, Ayid juga ada menunjukkan gambar bersama dua kanak-kanak perempuan serta seorang wanita yang didakwa sebagai anak dan bekas isteri. Dia juga memaklumkan sedang bersedih dengan perpisahan itu dan dia mahu mengahwini saya.”

“Ingatkan ‘Ayid’ ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri dia, tetapi di belakang saya, dia juga mengajak adik perempuan saya untuk berkahwin.”

Ekoran ini, hubungan adiknya dan keluarga telah retak dan Ramlah hanya mengetahui tentang identiti sebenar Ayid apabila melihat TikTok yang dibuat oleh Aliya.

Saya difahamkan, Rohana ada juga bertemu Ayid yang berada di sana (Arab Saudi) ketika ini. Walaupun kami (ahli keluarga) sudah memaklumkan mengenai perkara itu, namun Rohana tetap yakin Ayid adalah seorang lelaki.

“Kami bimbang dengan perhubungan mereka kerana Ayid licik memanipulasi Rohana sehinggakan dia memilih untuk mempercayai Ayid berbanding kami sendiri.”

“Perwatakan memang seperti lelaki tapi saya tahu dia adalah perempuan”

Bekas penyelia Ayid ketika bekerja di salah sebuah cawangan bank di Bukit Jelutong turut meluahkan rasa kesalnya melihat penampilan pengkid tersebut yang mengenakan ihram pada baru-baru ini.

Perwatakan Ayid memang seperti lelaki namun saya sebagai rakan rapatnya tahu bahawa dia adalah se0rang perempuan. Saya yang meneliti dokumen dirinya itu ketika dia ditemu bual untuk bekerja di cawangan bank sama di Kuala Lumpur.

“Dia adalah seorang yang baik dan juga tidak pernah menimbulkan masalah di tempat kerja. Namun dia agak berahsia dengan kehidupan peribadinya dan kami jarang bergaul selepas pada waktu kerja.”

Sebelum ini, kes tular pengkid ini telahpun mendapat perhatian ramai sehingga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh meminta agar tindakan tegas ke atasnya diambil supaya perkara ini tidak menjadi ikutan lain.

Sumber: Lobak Merah

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *