Tehran: Seorang wanita di bandar Firuzabad, Iran, m4ut secara tragis di majlis perkahwinannya selepas terkena peluru sesat.
Majlis bagi meraikan Mahvash Leghaei, 24, bersama pasangannya itu baru selesai, sebelum seorang tetamu lelaki melepaskan tembakan bagi meraikan perkahwinan itu.
Tindakan itu sebenarnya adalah menyalahi undang-undang di Iran.
Malangnya, senapang digunakan itu meletup tanpa kawalan hingga tembakan kedua yang dilepaskan terkena tengkorak dan otak Mahvash selain mencederakan dua tetamu yang lain.
Lelaki yang melepaskan tembakan itu dikatakan tidak memiliki lesen senjata api dan menggunakan senapang yang lazimnya digunakan untuk kegiatan berburu.
“Kami menerima panggilan kecemasan mengenai tembakan di dewan perkahwinan di bandar Firuzabad dan pegawai perubatan dihantar ke l0kasi,” kata jurucakap polis, Kolonel Mehdi Jokar.
Jokar menyifatkan kejadian berpunca daripada kesilapan ketika tembakan dilepaskan di khalayak selain kawalan senjata yang agak lemah.
Pengantin perempuan itu disahkan koma dan seterusnya meninggal dunia akibat parah.
Dua lagi mangsa terselamat dan dilaporkan hanya cedera ringan sahaja.
Sebaik kejadian, penembak yang tidak didedahkan identitinya itu melarikan diri.
Suspek adalah sepupu kepada pengantin lelaki melarikan diri dengan membawa senjata api berkenaan, tetapi berjaya ditahan pihak polis tidak lama selepas itu.
“Kejadian ini berbahaya dan menyebabkan pelaku ditahan p0lis kerana tindakan sedemikian membahayakan masyarakat.
“Melepaskan tembakan di dalam majlis perkahwinan juga dilarang.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan ini,” kata Jokar.
Sumber: Hmetro