Sepupu OKU Hilang, Mizz Nina Minta Bantuan Orang Ramai

PETALING JAYA : Selebriti dan aktivis kemanusiaan terkenal, Mizz Nina meminta bantuan orang ramai untuk mengesan sepupunya yang kali terakhir dilihat berada di rumah di Kampung Baru pada 13 Ogos lalu.

Katanya, Khairina Mohd Hishamuddin yang juga orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran masih hilang hingga ke hari ini tanpa ada sebarang petunjuk.

“Sepupu saya hilang, dia 0KU. Jika ada sesiapa yang ternampak boleh hubungi nombor yang tertera pada risalah.

“T0long sebarkan. Semoga Allah permudahkan segala2nya. Aamin,” tulisnya menerusi perkongsiannya di Instagram, kelmarin.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman itu turut memuatnaik gambar sepupunya berserta butiran peribadi lengkap wanita berusia 26 tahun yang hilang itu.

Difahamkan, kali terakhir Khairina yang berketinggian 146 sentimeter dengan berat 50 kilogram (kg) telah dilihat di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam perincian tersebut, Mizz Nina juga memaklumkan sepupunya tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi.

Menerusi ruangan komen pula selain pengikut, ramai rakan selebriti termasuk Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datin Lisa Surihani menzahirkan d0a.

Rata-rata komen meninggalkan kata2 semangat selain berharap Khairina dapat ditemui dengan kadar segera serta berada dalam keadaan selamat.

Sumber: KOSMO! ONLINE

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *