(VIDEO) Tak Kira Agama Dan Budaya, Guru Sebak Rakam Anak Murid PPKI

TANPA mengira perbezaan agama dan budaya, aksi seorang murid perempuan berbangsa India yang membantu menyuapkan makanan untuk kawannya yang kurang upaya (OKU) membuat netizen sebak.

Mana tidaknya, video pendek yang dikongsikan seorang guru yang terharu melihat kemuliaan hati murid bernama Mahalaksmi menjadi perbualan orang ramai.

Melalui perkongsian pemilik akaun @azizahazedi di akaun TikTok, beliau turut menceritakan kisah Mahalaksmi yang manja dipanggil Maha yang sering membantu rakan OKU bernama Hanisah.

Memetik kata-katanya lagi:

“HARAP VIDE0 INI MEMBUATKAN AWAK GEMBIRA. MEREKA SANGAT BAIK ANTARA SATU SAMA LAIN, MEREKA JUGA SEORANG ANAK YANG PRIHATIN DAN JUGA PENYAYANG. VIDEO INI DIAMBIL KETIKA WAKTU REHAT PPKI, MAHALAKSMI MENYUAP HANISAH MAKAN. SAYA SUKA BABAK INI, TAPI ENTAH KENAPA IA BUATKAN SAYA RASA SEBAK.”

Selain merakam penghargaan buat pengikut yang memberikan k0men positif, ibu kepada dua orang anak itu juga bercerita serba sedikit mengenai dua sahabat tersebut.

“Hanisah ni seorang yang sindr0m down dan juga rabun. Makan pun agak lambat, jadi Maha akan tolong suapkan bekal yang Hanisah bawa,” katanya.

Menonton video yang menerima lebih 58,000 jumlah tontonan itu membuatkan sesiapa sahaja terharu, apatah lagi gaya Maha menyuapkan makanan seperti emak-emak yang dekat rumah.

Sabar melayani Hanisah makan ketika waktu rehat membuatkan netizen memuji tindakan Maha yang suka menolong rakannya itu.

Rata2 warganet yang mengikuti perkongsian tersebut turut mengucapkan tahniah kepada keluarga Maha yang mendidiknya dengan baik.

Sumber: Sinarplus

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *