(VIDEO) Uqasha Senrose Cabar Diri Buat Aksi Stunt Terjun Laut

Pelakon jelita iaitu Uqasha Senrose mencuri perhatian netizen setelah membuat satu tindakan berani sehingga mengejutkan krew-krew produksi termasuklah direktor drama adaptasi Aira Khan terbitan bambam studios.

Video berdurasi 2 minit 41 saat itu memaparkan Uqasha yang mengambil tindakan sangat berani dengan mencabarkan dirinya untuk terjun ke dalam laut demi membuat aksi stunt semasa penggambaran berlangsung.

Pautan video pendek yang diambil daripada sesi siaran langsung milik direktor drama tersebut di Instagram miliknya lalu dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok.

Aksi spontan yang dipamerkan Uqasha ternyata sangat tidak disangka-sangaka, meskipun direktor yang dikenali sebagai, Khanmancung dan krew produksi telah melarangnya untuk tidak terjun, namun katanya aktres jelita itu mahu terjun juga pada waktu itu.

Menurut direktornya, suasana air laut pada ketika itu sangat deras dan berombak, serta kawasan dimana Uqasha terjun itu sangatlah dalam.

Menerusi video tersebut, suami tercinta Uqasha iaitu Kamal Adli turut berada di lokasi kejadian tampak sangat tenang semasa isterinya berani membuat aksi stunt tersebut.

Difahamkan, direktor telah menyediakan seorang stunt man untuk melakukan aksi terjun Uqasha itu terlebih dahulu, namun kakak kepada Nelydia Senrose itu tetap memilih untuk melakukannya sendiri.

Bagaimanapun, pasukan bomba dan penyelamat turut disediakan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji selebriti kegemaran mereka ini kerana berani untuk mencabar dirinya menjadi seorang pelakon yang keluar daripada ‘zone’ sendiri.

Sumber: Xtra.com.my

About admin

Check Also

Imej s3ksi, Dolla teringin nak buat persembahan di Kelantan

Kumpulan wanita M-Pop popular tanah air, Dolla tidak perlu diperkenalkan lagi kerana penampilan mereka setiap …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *