Kanak-kanak berhak disayangi dan juga diberi perhatian. Ibu bapa dan orang di sekeliling berperanan penting dalam memastikan keselamatan anak kecil walau di mana sahaja anak-anak berada.
Ironinya, apa yang berlaku ibarat harapkan pagar, pagar yang makan padi.
Seramai tiga kanak-kanak menjadi mangsa apabila dua daripada mereka ???? manakala seorang lagi parah selepas dicampak oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa mereka dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter.
Berikut adalah merupakan lapan fakta berkaitan kejadian menyayat hati itu.
1. Berdasarkan kenyataan saksi, seorang lelaki yang berusia 38 tahun dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan juga kirinya.
2. Saksi yang cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang digendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2 itu.
3. Namun, lelaki berkenaan turut terjatuh dari jambatan terbabit.
4. Dalam kejadian sekitar 5.50 pagi itu, semua mangsa telah ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya, Kepong.
5. Lelaki dan dua kanak-kanak Myanmar yang berkenaan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
6. Mangsa didapati mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada bahagian rusuk kirinya.
7. Manakala seorang lagi mangsa kanak-kanak yang parah telah dibawa ke Hospital Selayang.
8. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta untuk tampil memberikan keterangan dengan menghubungiᴘᴇɢᴀᴡᴀɪ ᴘᴇɴʏɪᴀꜱᴀᴛ ᴋᴇꜱ ɪᴀɪᴛᴜ ᴀꜱɪꜱᴛᴇɴ ꜱᴜᴘᴇʀɪɴᴛᴇɴᴅᴀɴ ɢꜱ ʙᴀʟᴅᴇᴠ ꜱɪɴɢʜ ᴅɪ ᴛᴀʟɪᴀɴ 012-480 6062 ᴀᴛᴀᴜ ʙɪʟɪᴋ ɢᴇʀᴀᴋᴀɴ ɪʙᴜ ᴘᴇᴊᴀʙᴀᴛ ᴘᴏʟɪꜱ ᴅᴀᴇʀᴀʜ (ɪᴘᴅ) ꜱᴇɴᴛᴜʟ ᴅɪ ᴛᴀʟɪᴀɴ 03-40482222.
Tanpa mengira bangsa dan agama, tidak sanggup rasanya mendengar kekerasan sedemikian dilakukan kepada kanak-kanak. Diharapkan kes ini dapat dirungkai dengan kadar segera.
Sumber: SinarPlus