Suami Hampir Temui Ajal, Isteri Luah Rasa Syukur

BARU-BARU ini,telah tular rakaman yang memaparkan detik-detik kemalangan seorang lelaki bertembung dengan kenderaan lain, namun dirinya terselamat meskipun berlaku hentaman yang agak kuat.

Video yang berdurasi satu minit itu, telah dimuatnaik oleh seorang pengguna media sosial tiktok yang dikenali sebagai @khalishakif.co juga merupakan isteri kepada lelaki berkenaan.

Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan selepas berlakunya pelanggaran, si suami bertindak untuk keluar kereta dan terus melakukan sujud syukur.

Kata wanita itu, meskipun nyawa bagaikan di hujung tanduk, beliau menzahirkan rasa syukur apabila suaminya masih bernyawa dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

“Syukur ALLAH masih pinjamkan suami saya. Kalau dia laju tiga saat, tidak tahu apa yang berlaku. Mesti berguling dah kereta kena hentakan pada pemandu”

“Kalau bawa bayi juga tadi, tidak tahu apa yang akan terjadi. Terima kasih ALLAH kurniakan dia lagi untuk jadi ketua keluarga kami. Dugaan mencari nafkah di luar, perkara macam inilah yang paling ditakutkan. Serah segala pada DIA untuk jagakan,” luah si isteri lagi.

SinarPlus kemudiannya melihat ruangan komen, rata-rata warga maya turut sebak melihat tindakan lelaki tersebut.

“Allahuakbar, dia sujud syukur tu automatik kita menangis, mesti berdebar sangat jantung sewaktu itu kan.”

“Menitik air mata masa dia terus sujud syukur, Allahuakbar.”

“Allahuakbar, dia sujud syukur.. Sini air mata laju mengalir, semoga sentiasa dalam jagaan ALLAH.”

“Mengalir air mata tengok suami akak sujud syukur, alhamdulillah ALLAH lindungi ketua keluarga akak.”

Melihat video berkenaan, memang menggetarkan jiwa masing-masing. Masakan tidak, perkara yang paling ditakuti dalam perkahwinan adalah apabila kita diuji dengan kehilangan pasangan sama ada sakit mahupun perkara lain.

Namun, semua yang berlaku atas kehendak ALLAH, jika DIA menghendaki sesuatu itu maka terjadilah ia. Justeru, hargailah orang yang tersayang selagi kita masih bernyawa ya.

Sumber: SinarPlus

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *