Baru Kahwin 8 Bulan Suami Luah Hasrat Ingin Bercerai, Ini Puncanya..

Apabila seseorang lelaki telah bersedia untuk membina masjid, pastinya termasuk sekali dengan komitmen yang bakal diterima olehnya. Semua perkara yang dilakukan tidak lagi untuk diri sendiri, malah untuk keluarga termasuk isteri dan juga anak-anak.

Perkahwinan adalah satu ikrar kesetiaan dan komitmen untuk kedua-dua pasangan lelaki dan juga wanita. Apa juga rintangan, tanggungjawab, baik-buruk harus ditanggung bersama-sama.

Apa pula akan terjadi jika berlaku perselisihan faham antara pasangan dan seterusnya menyebabkan keretakan rumah tangga?

Pelbagai jenis perkara dan faktor yang boleh menyebabkan suami isteri mula bertengkar dan hubungan menjadi kian renggang. Antaranya suami tidak membantu isteri, isteri selalu mengungkit, terlalu berkira dalam melakukan kerja rumah, perkahwinan jarak jauh dan sebagainya.

Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini telah memasang niat untuk bercerai gara-gara isteri tak bagi lepak malam

Baca perkongsian lelaki ini di bawah, semoga dapat menjadi ikhtibar untuk kita semua yang sudah mendirikan rumahtangga atau bakal mendirikan rumahtangga.

“Saya baru berkahwin 8 bulan akak, tapi saya rasa nak bercerai la..”

Perkongsian lelaki ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial Twitter. Menurutnya, beliau baru sahaja berkahwin dan tak sampai setahun, hanya 8 bulan barunya. Namun terasa nak bercerai dengan isterinya yang juga baru sahaja berumur 23 tahun.

Tak tahan dengan perangai isteri terlalu mengongkong sampai tak boleh keluar lepak bersama rakan-rakan di waktu malam menjadi punca beliau berfikir untuk bercerai.

Ada sesetengah suami yang tidak suka lepak di waktu malam kerana lebih suka untuk menghabiskan masa di rumah sahaja. Akan tetapi ada juga segelintir yang mungkin ingin berjumpa dengan rakan-rakan sambil lepak minum di kedai mamak untuk bersembang dan sebagainya.

Menurut lelaki ini, antara sebab beliau tidak tahan dengan perangai isterinya apabila tidak dibenarkan untuk keluar lepak pada waktu malam. Sehinggakan isteri muncul di tempat lepak berkenaan.

Nasihat wanita ini membuatkan lelaki ini terus berfikiran positif dan akan mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinannya.

Menurut wanita itu, ada 3 tips yang boleh dilakukan oleh setiap lelaki jika mereka ingin keluar lepak di waktu malam.

Pertama, siapkan makanan untuk si isteri sebelum keluar rumah dan luang masa untuk berbual dengan sang isteri. Kalau dah ada anak, pastikan urusan anak-anak dah settle. Jangan sampai isteri harus menyiapkan anak seorang diri.

Kedua, tunaikan hak dengan Tuhan juga. Pergi beribadah di masjid walaupun hanya seminggu sekali dan bawa isteri pergi ceramah, ajar anak untuk mengaji dan sebagainya.

“Lepas balik lepak, pastikan bangun subuh dan juga sudah belikan makanan untuk sarapan pagi”

Wanita ini telah berkongsi ‘rahsia besar’ kepada lelaki ini untuk menyelamatkan rumah tangganya yang menunggu masa untuk hancur.

Kata wanita ini lagi, “Syaitan memang suka teng0k suami isteri bercerai. Selagi b0leh bertahan, cuba dulu.”

Akhir sekali, jika ada kawan yang suka menyindir tentang kebaikan yang telah dilakukan untuk ahli keluarga, sentiasa berhati-hati dengan orang sebegini. Ini namanya kawan-kawan yang membawa kita ke neraka.

Pelbagai perkara yang boleh menimbulkan perasaan ragu-ragu di antara suami dan juga isteri. Sikap seperti ini selalunya akan membuatkan hubungan antara suami dan isteri menjadi renggang lalu hancur begitu sahaja.

Namun, anda boleh memikirkan perkara yang terbaik untuk mengelakkan syak wasangka daripada berlarutan dan untuk para isteri di luar sana perlulah memberi sedikit kebebasan juga buat sang suami.

Cuba untuk mempertahankan rumah tangga anda selagi b0leh. Jangan hancurkan masjid yang telah dibina gara-gara syak wasangka yang sememangnya boleh diselesaikan dengan elok dan waras.

Sumber: Says.com

About admin

Check Also

Sering Melihat โ€˜Sy4itanโ€™ DI Gereja Dan Masjid, Ini Pengakuan Mike Tyson Selepas Memeluk Islam

Petinju profesional, Mike Tyson mended4hkan pandangannya mengenai agama Islam setelah menjadi seorang Muslim, dan mend3dahkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.