Lelaki Ini Disahkan Positif Cacar Monyet, HIV Dan Covid-19?

SICILY: Seorang lelaki yang berusia 36 tahun, diuji apabila positif Covid-19, cacar monyet dan HIV selepas pulang bercuti di Madrid.

Lelaki berkenaan telah dimasukkan ke hospital selama lebih dua minggu sejak 5 Julai di hospital San Marco, Universiti Catania.

Keadaan kesihatan beliau bertambah baik dan telah dibenarkan keluar hospital.

Ia telah menjadi kes pertama jangkitan serentak cacar monyet, Covid-19 dan HIV dan menjadi pusat kajian oleh penyelidik British, lapor majalah perubatan Journal of Infection.

Lelaki berkenaan yang kembali ke Catania dari bercuti di Sepanyol, telah berasa tidak sihat.

Dia mengalami demam, sakit tekak dan sakit kepala serta nodus limfa inguinal yang membengkak.

Disebabkan itu, dia menjalani ujian calitan yang kemudian mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Namun, muncul ruam di lengannya sebagaimana gejala pesakit cacar m0nyet.

Pada 5 Julai, selepas mengakses bilik kecemasan, dia kemudian dimasukkan ke hospital dan ditempatkan secara berasingan di unit operasi kompleks penyakit berjangkit San Marc0.

Diagnosis tiba pada hari yang berikutnya, selepas ujian khusus dijalankan.

Lelaki itu memberitahu doktor dia melakukan hubungan seks tanpa perlindungan semasa bercuti di Sepanyol, menyebabkannya diuji untuk penyakit kelamin yang kemudian mendapati dia turut disahkan positif HIV, selain positif Covid-19 dan cacar monyet.

Ketika ini, lelaki berkenaan dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari hospital dan sedang menjalani terapi antiviral untuk penyakit HIV.

Selepas 14 hari pesakit terbabit masih diuji positif untuk cacar monyet, walaupun tiada sebarang gejala dapat dilihat.

Sumber: Harian Metro

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *