Sungai Dan Tasik Mulai Kering, Eropah Dilanda Kemarau Terburuk Sejak 500 Tahun

Beberapa negara Eropah kini berdepan dengan bencana alam yang teruk apabila sebahagian daripadanya telah mengalami kemarau yang berpanjangan.

Menurut analisis yang dibuat 𝗕𝗮𝗹𝗮𝗶 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝘂 𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹 (𝗚𝗗𝗢), Kesatuan Eropah berkata gelombang haba yang berlaku sejak Mei lalu telah menyebabkan tanah kering, paras sungai dan tasik yang menyusut serta menjejaskan sumber tanaman.

“Kemarau yang melanda banyak wilayah di Eropah sejak awal tahun ini semakin berleluasa dan bertambah buruk setakat awal Ogos,” kata laporan itu yang diterbitkan Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah. Malah, kemarau kali ini juga adalah antara yang terburuk seumpamanya sejak 500 tahun yang telah lalu.

Antara negara yang berdepan dengan kemarau besar ini adalah seperti Itali, Sepanyol, Portugal, Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Ireland, Luxembourg, Romania dan Hungary serta negara bukan EU iaitu Britain, Serbia, Ukraine dan juga Moldova.

Selain itu, ada sebahagian daripada Eropah kini berdepan pula dengan ribut petir sehingga menyebabkan beberapa kerosakan dan kerugian yang berlaku.

Sumber: HMetro, CNBC & Syok

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *