Budak Kecil Pakai “Braces”, Tindakan Ibu Bapa Itu Dikecam Netizen

Umum mengetahui, penggunaan pendakap gigi biasanya dipakai oleh orang dewasa tetapi berbeza pula dengan satu rakaman video yang telah tular di media sosial di mana memaparkan seorang kanak-kanak yang memakai pendakap gigi pada seusianya.

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai kerana warga netizen berpendapat tindakan tersebut tidak masuk akal dan akan membahayakan proses pertumbuhan gigi kanak-kanak tersebut.

BUDAK KECIL PAKAI PENDAKAP GIGI, IBU BAPA DIKECAM WARGANET

Kejadian tersebut berlaku di Indonesia dan menerusi video itu, jelas kelihatan seorang kanak-kanak perempuan didandan mekap pada wajahnya dan turut menggunakan kanta lekap seperti orang dewasa.

Bukan itu sahaja malah bahagian bibirnya juga dihias dengan gincu berwarna merah jambu. Perbuatan ibu bapa kanak-kanak itu dikecam hebat oleh warganet kerana struktur rahang dan gigi anak kecil itu yang masih belum tumbuh sepenuhnya.

Video tersebut telah mendapat 8 juta tontonan dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai dan mereka seakan-akan pelik dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut.

“Kawan saya pakai pendakap gigi sejak kecil sehingga menyebabkan giginya menjadi agak pelik. Rahangnya kelihatan aneh sedangkan keadaan asalnya kelihatan elok sahaja. Sehingga sekarang dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana jika mahu perbetulkan ia kembali, ia akan menelan belanja berpuluh-puluh juta rupiah,” kata salah seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok Putsho05 & SiakapKeli

About admin

Check Also

“Korang Pernah Musnahkan Nama Aku..” – lama pendam, Mamat buka cerita sebenar pasal kumpulan sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *