Perut Wanita Seperti “Hamil” 8 Bulan Gara-Gara Tak Boleh Buang Air Besar

Seorang wanita bernama Cherine Docherty (39) yang menjadi popular di TikTok selepas menyiarkan keadaan hariannya apabila dia tidak boleh membuang air besar selama lebih daripada satu bulan.

Dalam muat naiknya, dia mendakwa telah berusaha sedaya upaya untuk membuang air besar. Malah, dia telah memeriksa keadaannya kepada doktor, tetapi tidak juga mendatangkan hasil.

Wanita Scotland ini mula memuat naik video itu pada 11 Julai.

“Hari ke-34 tidak (em0ji tahi),”

tulis Cherine sambil menunjukkan perutnya yang buncit seolah-olah dia hamil 8 bulan, menurut New York Post.

Kerana ia menjadi viral, dia mula mengemaskini keadaan misterinya sejak pada itu.

Cherine menjalani pembedahan beg kolostomi pada 15 Julai, selepas berbulan-bulan keluar masuk h0spital. Sebelum ini, dia telah diberi ubat preskripsi setiap bulan untuk membuang air besar.

Beg kolostomi mengumpul sisa dari badan melalui bukaan, dipanggil stoma, yang dibuat antara usus besar (k0lon) dan dinding perut melalui pembedahan.

Sehari selepas pembedahan, dia akhirnya dapat ‘berak’ walaupun merasakan kesakitan yang paling teruk pernah dirasai dirinya.

Akibat keadaannya itu, dia juga mengalami kesukaran bernafas dan menceritakan penyakit buah pinggang kronik tahap 3 dan juga asma.

Walaupun begitu, Cherine masih tidak mengetahui punca sebenar penyakitnya. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana TikTok membuatkan dia bertahan dan berasa tidak keseorangan dengan kehadiran warganet.

Sumber: Suara.com & Tiktok

About admin

Check Also

Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat – Bomoh Rusia

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *